Friday 6 May 2016

MotoGP : Siapa Rakan Sepasukan Rossi Tahun 2017, Vinales atau Pedrosa?

Valentino Rossi sendiri tidak pasti siapakah bakal rakan sepasukannya di Yamaha pada tahun 2017 samada Maverick Vinales atau Dani Pedrosa yang hangat dikaitkan dengan pasukan juara 2015 itu.

Spekulasi bertiup kencang tentang kemungkinan perpindahan yang mengejutkan ke Yamaha oleh Pedrosa yang selama ini cukup setia dengan pasukan Honda. Rossi sendiri mengesahkan bahawa pasangan pelumba Sepanyol itu adalah "kemungkinan besar" menjadi pengganti kepada Juara Dunia 2015, Jorge Lorenzo yang mengesahkan perpindahan ke pasukan Ducati pada penghujung musim ini.

"Berberapa hari terakhir ini, banyak khabar angin yang bertiup tentang Pedrosa. Untuk pelumba kedua, Movistar inginkan pelumba Sepanyol dan saya fikir Vinales atau Pedrosa adalah yang paling mungkin," ujar Rossi.

Dani Pedrosa, masih belum mampu bergelar Juara Dunia bersama pasukan Repsol Honda
Maverick Vinales, bintang muda Suzuki Ecstar dikatakan bakal bergandingan dengan Rossi
"Saya tidak tahu siapakah yang lebih berpeluang, namun bagi saya ia sama sahaja - dua orang pelumba yang berbeza dan Pedrosa sangat kuat dan sangat pantas dan telah mempamerkan potensinya yang hebat namun dia sedikit berusia.

"Vinales pula amat berbakat, namun di dalam MotoGP dia masih kekurangan pengalaman dan masih muda," tambah Rossi.

"Tetapi bagi saya, semuanya tidak membawa perbezaan yang besar. Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Pedrosa dan juga Vinales."

Mampukah Pedrosa menyesuaikan diri dengan jentera Yamaha jika berpindah dari Repsol Honda?
Perlukah Vinales berpindah ke pasukan juara seperti Movistar Yamaha?
Rossi kembali mengejar dengan kedudukan petak utama dan kemenangan di Jerez dan menyasarkan untuk meneruskan momenteumnya hujung minggu ini di Le Mans, di mana beliau yang kini berusia 37 tahun menaiki podium naib juara dua musim bertutut-turut sebelum ini.

"Ia litar yang sukar dan kami juga perlu melihat keadaan cuaca pada minggu ini kerana ia mampu berubah berberapa kali, namun kami berharap cuaca yang baik seperti dua tahun kebelakangan ini," ujar Rossi.

"Pada 2014 dan 2015 saya berlumba dengan cukup baik - namun tidak memenanginya, sekadar tempat kedua. Kali ini saya rasa lebih kuat dan sasarannya ialah untuk melakukan yang terbaik mulai pagi esok dan cuba memahami persembahan tayar Michelin di litar ini.

"Di litar ini proses membrek secara keras banyak sekali, oleh itu adalah penting untuk memperolehi keseimbangan yang baik dan jentera yang baik untuk membrek keras," tambah Rossi.

"Pada masa yang sama anda berhadapan dengan dengan selekoh-selekoh yang sukar, oleh itu keseimbangan sangat penting, namun jika anda mampu membrek lewat maka anda sememangnya laju."


No comments:

Post a Comment