Monday, 2 November 2015

Local Scene : Moped Yang Terhangat Di Pasaran YAMAHA Y15ZR !!!

Sejak dilancarkan pada 8hb Ogos 2015 yang lalu, moped terkini daripada Yamaha iaitu Y15ZR kini menjadi model yang terhangat di pasaran. Ketika dilancarkan Y15ZR ditawarkan dalam 3 warna iaitu Merah, Biru dan Hitam dengan harga runcit (bukan OTR) sekitar RM8,000.

Yamaha Y15ZR telah dilancarkan pada 8hb Ogos 2015 yang lalu oleh HLYM di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Namun yang menjadi buruan peminat setia Yamaha dan pengikut baru ialah Y15ZR versi istimewa iaitu GP Edition Movistar yang diinspirasikan dari jentera perlumbaan MotoGP pelumba lagenda Valentino Rossi. Dikhabarkan hanya kira-kira 2,000 buah sahaja model GP Edition Movistar yang dikeluarkan dan ia bagaikan satu fenomena baru di dalam kategori moped di Malaysia.


Yamaha Y15ZR GP Edition inspirasi dari jentera MotoGP Valentino Rossi

Namun demikian terdapat peminat-peminat yang setia menanti edisi berwarna biru yang seakan-akan jelmaan model terkini jentera superbike Yamaha R1. Bilakah edisi berwarna biru ini akan muncul di pasaran? Masih lagi menjadi tanda tanya. Namun yang pasti peminat setia Yamaha akan tetap bersabar menantikan kemunculannya. Sama-samalah kita nantikan kemunculannya.


Yamaha Y15ZR berwarna biru yang dinanti-nantikan




DetikMoto

No comments:

Post a Comment