Kasma Daniel mempamerkan tunggangan yang mantap untuk meraih juara kategori CP130 |
Bermula dari petak pertama, pelumba pasukan Yamaha Maju Motor itu melakukan permulaan dengan baik, namun ketinggalan kepada Md. Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang mendahului saingan sehingga ke pusingan kelima.
Namun, Kasma yang mengekori rapat di belakang berjaya memanfaatkan kepantasan jentera untuk memintas pencabarnya itu, sekali gus mendahului kedudukan sehingga ke garisan penamat.
Adib menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan catatan masa 12’58.889s manakala Hafiz Nor Azman (Y-TEQ SCK Honda Racing) berpuas hati di tempat ketiga, 12’59.201s.
“Permulaan saya tidak begitu baik. Saya terlepas kedudukan pendahulu kepada Adib, namun menggunakan peluang mengekori di belakang untuk melihat keupayaan jentera Adib. Saya sedar jentera Yamaha yang saya tunggang mempunyai kelebihan dan dari situ saya mencari ruang untuk memintas, seterusnya memenangi perlumbaan.
“Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan Yamaha Maju Motor kerana menyediakan jentera terbaik buat saya mengharungi perlumbaan di Kangar ini,” jelas Kasma.
Dengan kemenangan di Litar Kangar, Kasma Daniel kini di tempat ke-2 keseluruhan |
Dominasi Kasma dan Fazli sepanjang tiga pusingan ini juga meletakkan pasukan mereka selesa di tangga teratas kategori berpasukan dengan 118 mata, 40 mata mengatasi pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang.
Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia ini akan berlangsung di Pasir Mas, Kelantan pada 21 dan 22 Mei ini.
No comments:
Post a Comment