Maverick Vinales akan berpasangan dengan Velentino Rossi di Movistar Yamaha musim 2017 |
Bagaimanapun, di sebalik keinginan yang membara untuk menyertai pasukan pesaing kejuaraan di samping Juara Dunia 9 kali, Valentino Rossi sebenarnya Vinales berada di dalam dilema kerana di beri pilihan untuk kekal di pasukan Suzuki yang mempamerkan persembahan yang cukup baik setakat ini di musim 2016.
Namun, Vinales dikatakan telah bersetuju untuk menyertai Yamaha dengan kontrak selama 2 tahun dan penghijrahannya hanya akan diumumkan setelah Suzuki mengesahkan perpindahannya. Tempatnya di Suzuki akan digantikan oleh pelumba Ducati iaitu Andrea Iannone.
Andrea Iannone akan menggantikan tempat Vinales dalam pasukan Suzuki musim 2017 |
Merangkul kejuaraan Moto3 lebih kurang dua musim yang lalu, kejayaannya mendapat tempat dengan pasukan Yamaha cukup pantas, hanya semusim di kategori Moto2 - mendapat kedudukan ke-3 keseluruhan pada musim 2014 - dan menarik perhatian sebagai rookie MotoGP dengan kepulangan pasukan Suzuki pada musim 2015.
No comments:
Post a Comment