Kegagalan jentera YZR-M1 menyebabkan impian Rossi menang di Mugello berkecai |
Harapan Valentino
Rossi untuk kejuaraan pertama di halaman sendiri iaitu MotoGP Itali sejak 2008
berkecai di Mugello pada Ahad lalu.
Bintang Itali itu
menerima sokongan padu yang dapat dilihat melalui asap kuning yang disebarkan
oleh peminat-peminat fanatik Rossi yang memenuhi seluruh kawasan berbukit di
sepanjang minggu. Namun sebaliknya kepulan asap putih daripada jentera kilang
Yamaha beliau pada pusingan ke-9 daripada 23 pusingan menandakan kegagalan
kedua DNF (Do Not Finish) pada musim ini.
The Doctor sendiri
mengakui yang kesudahan itu cukup mengecewakannya setelah mempamerkan
persembahan yang cukup kompetitif di litar Mugello sejak sekian lama.
Bermula dari pole
untuk pertama kalinya sejak 2008, di mana kemenangannya yang terakhir sejak
memenanginya bagi tujuh tahun berturut-turut, Rossi sentiasa membayangi rakan
sepasukan dan pemenang perlumbaan tersebut Jorge Lorenzo sejak dari permulaan –
cukup rapat untuk memotong pada bila-bila masa sahaja.
Rossi mampu menewaskan Lorenzo jika jenteranya tidak mengalami kerosakan |
“Apa yang dapat
saya katakan? Cukup sukar untuk saya katakan apa-apa. Maksud saya, ia adalah
sesuatu yang cukup memalukan, ia sentiasa memalukan apabila anda berhadapan
dengan masalah teknikal ketika perlumbaan,” Rossi memulakan perbualan.
“Dan kali ini ia
lebih memalukan kerana kami berada di Mugello dengan atmosfera yang cukup hebat
serta sokongan padu daripada penyokong-penyokong yang ramai, dan lebih-lebih
lagi saya cukup kuat sepanjang minggu dan juga semasa perlumbaan. Saya amat
selesa dengan jentera saya dan ia sememangnya amat laju.
Sokongan padu penyokong Rossi dilihat dengan sebaran asap kuning |
“Sudah tentu saya
yakin untuk bersaing bagi mendapatkan kemenangan di Mugello dan – ia lebih
daripada sekadar sasaran – ia adalah impian saya sejak 8 tahun yang lalu.
Kemenangan terakhir saya di sini ialah pada 2008.
“Hari ini di dalam
perlumbaan saya sangat pantas. Memang saya di belakang Lorenzo, namun saya
fikir saya mempunyai rentak yang sedikit laju berbanding dia, jadi saya yakin
dapat cuba untuk memotongnya dan seterusnya memenangi perlumbaan. Malangnya
enjin pula mengalami kerosakan.
“Kali ini saya
berasa cukup perit, ini kerana sejak daripada Misano 2007, jentera saya tidak
pernah mengalami kerosakan di dalam perlumbaan. Sudah hampir 9 tahun lamanya.
Kemenangan terakhir Rossi di Litar Mugello ialah pada tahun 2008 |
“Malangnya ketika
pusingan ke-6 lagi, jentera saya mulai mengalami masalah dan klac tidak
berfungsi, mungkin kerana enjin mulai lemah sedikit. Kerana itulah saya
terpaksa menuju ke arah luar litar. Namun setelah tujuh-lapan selekoh saya
kembali rapat di belakang Lorenzo, ini kerana saya lebih pantas sedikit
daripadanya, namun malangnya selepas itu enjin mengalami kerosakan.
“Kegagalan enjin
jentera Rossi sebenarnya bukan satu kejutan, ini kerana Lorenzo juga mengalami
masalah yang hampir serupa semasa sesi pemanas badan di sebelah pagi,
meningkatkan kebimbangan tentang kelemahan rekabentuk yang sukar untuk Yamaha
atasi akibat kekangan peraturan terhadap pembangunan enjin.
“Saya rasa ia
adalah perkara yang sama bagi kedua-dua enjin, Cuma perbezaannya ialah ia
berlaku ketika sesi pemanas badan kepada Lorenzo dan ketika perlumbaan terhadap
saya,” komen Rossi.
Mugello mempunyai
laluan lurus paling pantas di dalam calendar MotoGP, dengan penunggang Ducati,
Andrea Iannone mencatat kelajuan maksimum paling tinggi yang direkod iaitu
354.9km/j pada perlumbaan Ahad lalu.
Helmet Rossi direka khas untuk perlumbaan di Mugello 2016 |
Modifikasi untuk
tujuan keselamatan, hanya dibenarkan jika timbul kebimbangan oleh MSMA MotoGP
Commission, di mana ia perlu diyakinkan bahawa perubahan yang dilakukan tidak
menambah faedah kepada kelajuan ketika perlumbaan. Namun sehingga kini tiada
sebarang kebenaran pernah diberikan.
Kesukarannya ialah
jika terdapat komponen yang lemah dan digantikan dengan komponen yang lebih
kuat, contohnya – komponen yang membenarkan enjin berfungsi dengan ‘selamat’
pada rpm yang maksimum – yang membawa manfaat kepada kemampuan jentera. ‘Hanya
rendahkan sahaja rpm ke paras yang selamat’, mungkin menjadi alasan tipikal
oleh pengeluar pesaing.
Untuk
alasan-alasan tertentu, contoh yang diberikan dalam peraturan ialah untuk ‘satu
kumpulan komponen yang bermasalah, dengan dokumentasi sokongan oleh pembekal
komponen untuk mengenalpasti masalah’. Jika isu yang dihadapi oleh Yamaha di
Mugello mempunyai persamaan dengan diskripsi yang disebut maka mereka mempunyai
peluang untuk diberi kebenaran menukar komponen tersebut.
Kedua-dua pelumba
Rossi dan Lorenzo memulakan perlumbaan Ahad lalu setelah menggunakan tiga
daripada tujuh enjin yang dibenarkan untuk sepanjang musim ini, dengan
kesemuanya mesti mempunyai spesifikasi teknikal yang sama.
Cabaran Rossi berakhir di pusingan ke-9 apabila jenteranya mengalami kerosakan |
Namun Lorenzo
berjaya memenangi perlumbaan ketiganya musim ini selepas pertembungan dramatik
di pusingan akhir dengan Marc Marquez dan kini mendahului 10 mata ke atas
pelumba Repsol Honda itu. Rossi kekal di kedudukan ketiga namun kini
ketinggalan 37 mata dengan pendahulu kejuaraan.
“Ia sesuatu yang
memalukan di dalam perebutan kejuaraan, kerana saya tidak mendapat sebarang mata manakala Lorenzo dan Marquez berjaya mendapat tempat pertama dan kedua, dan
kini jarak dengan pendahulu ialah 37 mata. Ia amat teruk. Ia adalah jurang yang
agak besar,” akui Rossi sendiri.
Rossi ketinggalan kepada Lorenzo dan Marquez di dalam Kejuaraan MotoGP |
“Namun saya fikir
hujung minggu ini saya telah berusaha ke tahap maksimum. Saya menunggang dengan
baik, saya sentiasa fokus dan tiba dalam kondisi bersedia untuk memenangi
perlumbaan tersebut. Pepatah menyebut “malang tidak berbau”! Itulah yang berlaku.
Apa yang boleh dilakukan ialah cukup penting untuk terus tabah dan beralih dari
saat sukar ini dengan tenaga yang lebih untuk perlumbaan seterusnya di
Barcelona.”
No comments:
Post a Comment