![]() |
Vinales yakin keputusannya berpindah ke Movistar Yamaha adalah tepat |
Akhirnya pada hari Khamis, Vinales telah sah menandatangani kontrak bersama Yamaha untuk tempoh dua musim iaitu 2017 dan 2018 dan ketika sidang media, pelumba yang berusia 21 tahun itu mengatakan yang perpindahan tersebut "perkara yang baik" untuk dirinya dan Rossi.
"Saya tidak fikir hubungan kami akan berubah," ujar Vinales, yang mendapat kedudukan podium MotoGP pertamanya di Le Mans.
"Hubungan kami baik sahaja sekarang. Saya sekarang di dalam pasukannya dan akhirnya saya fikir ia sesuatu yang baik untuk kami berdua. Kami akan membina hubungan yang lebih baik di masa depan. Apabila kamu selesa di dalam satu pasukan dan keseluruhan pasukan adalah baik maka ia cukup hebat untuk menghadapi semua perlumbaan."
Juara dunia Moto3 musim 2013 ini yang dihimpit dilema kebelakangan minggu ini samada untuk kekal bersama Suzuki yang membuka peluangnya beraksi di dalam kategori MotoGP atau menggantikan Jorge Lorenzo di pasukan Movistar Yamaha mengatakan yang dia akan lebih berpeluang belajar daripada Rossi yang penuh pengalaman.
"Saya tidak fikir akan ada isu. Saya berfikir dari sudut yang lain. Saya fikir untuk beraksi sebagai sebagai satu pasukan dengan Valentino, jika anda bijak, maka banyak yang anda boleh belajar. Valentino sangat berjaya di sepanjang kerjayanya jadi sudah tentu dia melakukan sesuatu yang luarbiasa. Saya akan cuba belajar apakah rahsianya."
Tentang kemungkinan hubungan sediada akan berubah jika Vinales mula mempamerkan penguasaan ke atas rakan sepasukan yang 17 tahun lebih tua, dia menambah, "Saya selalu juga memikirkannya, juga apa yang berlaku di litar.
"Saya kerap bersaing dengan Aleix Espargaro dan di Malaysia kami bersentuh berberapa kali. Namun apabila kami keluar daripada litar kami saling berbaik dan ketawa bersama dan ia sesuatu yang bagus - untuk menjadi kompetitif di litar dan pada masa yang sama berbaik-baik dengan semua pelumba di luar litar."
Ketika pelumba muda dari Catalan ini mengulas tentang detik-detik musim ini - selepas GP Sepanyol dan sesi kelayakan di Le Mans - menjurus kepada kekecewaannya tentang keupayaan Suzuki menyelesaikan masalah cengkaman di bahagian belakang ketika mengambil selekoh, Vinales mengakui ianya sukar untuk memberitahu keputusannya untuk berpindah kepada bos pasukannya iaitu Davide Brivio.
![]() |
Di Suzuki, Vinales mula mengatasi rakan sepasukan Espargaro |
![]() |
Vinales terhutang budi dengan pasukan Suzuki yang membuka pintu MotoGP |
"Saya membuat keputusan di GP Perancis. Kemudian saya memaklumkan secara rasmi kepada pasukan dan kepada Davide seminggu kemudian. Sangat sukar untuk menyatakan keputusan ini kepada Davide menerusi telefon. Namun penting bagi saya untuk melakukannya.
"Sudah tentu saya berbincang dengan semua orang, orang-orang yang rapat dengan saya. Cukup penting kepada saya untuk memahami pendapat mereka dan merasai apa yang mereka rasakan tentang perpindahan ini. Namun seperti biasa, saya mengikut pertimbangan sendiri dan membuat keputusan saya sendiri,
![]() |
Sukar untuk Vinales maklumkan keputusannya kepada bosnya Davide Brivio |
"Anda tidak akan tahu jika peluang sebegini akan muncul lagi. Saya rasa adalah baik saya merebutnya sekarang."
Lucky Club - Live Casino Site
ReplyDeleteLucky Club is a brand-new social luckyclub casino, operated by the Malta Gaming Authority (MGA), which provides entertainment with its innovative mobile-first, Rating: 4.4 · 1 vote