Tuesday 17 November 2015

Personaliti MotoGP : Rossi : Apa Rahsia "The Doctor", "No.46", "Tribu Dei Chihuahua"?

The Doctor, No.46, Warna Kuning Fluorescent, The Highlighter, Tribu Dei Chihuahua, The GOAT sinonim dengan Rossi
Sejak dari awal penyertaannya di dalam arena perlumbaan, Velentino Rossi mempunyai nama panggilan yang pelbagai.

"The Doctor" nama panggilan glamer Valentino Rossi tertera di belakang sut perlumbaan
Sejak mendominasi kategori 500 cc sehinggalah kini dikenali sebagai MotoGP, "The Doctor" telah menjadi nama panggilan pilihan untuk Rossi. Dua teori wujud mengapa Rossi menggunakan "The Doctor." Salah satu daripadanya ialah Rossi mengguna pakai nama panggilan tersebut setelah menerima ijazah, di mana di Itali ia melayakkan seseorang itu menggunakan gelaran "Doctor". Selainnya, seperti yang dikatakan oleh Graziano (bapa Rossi) sendiri, "The Doctor kerana, saya tidak fikir ada sebab yang khusus, tapi ianya cantik, dan ia penting, The Doctor. Dan di Itali, The Doctor ialah sebuah nama yang anda berikan kepada seseorang sebagai tanda hormat dan ia sangat penting. The Doctor...penting." Rossi sering bergurau bagaimana beliau mendapat nama panggilan tersebut, iaitu kerana di Itali, Rossi ialah nama keluarga yang biasa untuk para doktor.

Walaupun bergelar juara dunia, Rossi akan tetap kekal menggunakan pelekat No. 46 di jenteranya
Beliau sentiasa berlumba dengan nombor No. 46 pada motosikalnya di dalam karier Grand Prixnya. Nombor inilah yang digunakan oleh bapanya ketika memenangi 3 grand prix pertamanya, pada 1979, di Yugoslavia, menggunakan jentera 250cc Morbidelli. Kebiasaannya, pemenang World Championship akan dianugerahkan pelekat No. 1 untuk musim seterusnya. Tetapi, sebagai penghormatan kepada Barry Sheene, pelumba pertama di era moden yang mengekalkan nombor yang sama (#7), Rossi telah kekal dengan No. 46 yang kini popular di sepanjang kariernya, bagaimanapun sebagai juara dunia dia akan memakai pelekat No. 1 pada bahagian bahu sut perlumbaannya.

Rossi menghargai sokongan rakan-rakannya dengan mengabdikan nama kumpulan mereka "Tribu Dei Chihuahua" di helmetnya
Perkataan di topi beliau merujuk kepada nama kumpulan rakan-rakan beliau : "The Tribe of The Chihuahua," dan huruf-huruf WLF pada suit perlumbaanya bermaksud "Viva La Figa," perkataan Itali yang bermaksud "Long Live Pussy." Beliau setakat ini berjaya mengelak daripada sekatan atau kata dua supaya beliau membuang huruf-huruf tersebut kerana huruf "W" di dalam "WLF" mewakili kedua-duanya huruf "V" di dalam "ViVa." Sama jelas dengan kejayaannya mengelak sebarang tindakan daripada FIM atau Dorna Sports kerana mempamerkan huruf-huruf tersebut dengan jelas di bahagian hadapan leher sut perlumbaannya. Beliau secara tradisinya juga menggunakan warna kegemarannya (kuning fluorescent) di dalam rekaan sut perlumbaannya. Ini menyebabkan beliau juga diberi nama panggilan "Highlighter Pen" kebelakangan ini. Ia biasanya digunakan oleh pengulas Toby Moody dan Julian Ryder.

Pelumba motosikal dan bekas rakan sepasukannya Colin Edward, juga berberapa wartawan TV, sering merujuk Rossi sebagai 'The GOAT' (Greatest of All Time)

DetikMoto

No comments:

Post a Comment