|
KTM RC16 pertaruhan KTM untuk kejuaraan MotoGP 2017 |
Jentera terbaru dari KTM yang dibangunkan khusus untuk perlumbaan MotoGP iaitu RC16 telah membuat kemunculan istimewa di hadapan penyokong tuan rumah Austria sebelum bermulanya perlumbaan MotoGP pada MotoGP Austria.
|
Kemunculan KTM RC16 mendapat sorakan gemuruh penyokong tuan rumah Austria |
Setelah pengenalan secara rasmi bagi projek khas ini pada hari Sabtu, penunggang uji jentera tersebuat iaitu Mika Kallio dan Alex Hofmann melakukan berberapa pusingan demonstrasi di litar Red Bull Ring - dengan penampilan sepenuhnya jentera tersebut buat pertama kalinya.
Kallio - melakukan pusingan hampir 2 saat ketinggalan berbanding yang kelompok pendahulu dan hanya satu saat berbanding jentera pendahulu bukan Ducati pada ujian tertutup bulan lepas - akan memberikan jentera RC16 ini penampilan sulungnya di atas tiket
wild card di perlumbaan akhir musim pada bulan November.
|
RC16 bakal mencabar jentera-jentera terbaik kategori MotoGP bagi musim 2017 |
"Saya fikirkan berberapa minggu lalu kami mempamerkan kepada orang ramai yang kami berada pada tahap yang cukup baik," kata pelumba berasal dari Finland yang merupakan bekas pelumba sepenuh masa MotoGP. "Sangat teruja untuk menunggang jentera ini dan saya benar-benar menikmati setiap pusingan yang saya lakukan dengannya,"
|
RC16 akan muncul di perlumbaan akhir musim 2016 atas tiket 'wild card' |
"Kami semakin menghampiri pencabar-pencabar kami dan langkah demi langkah kami sedang berkembang maju. Saya boleh katakan yang enjin jentera ini sangat bagus dan kami masih mempunyai empat kali ujian sebelum perlumbaan di Valencia."
Pelumba yang akan memacu jentera KTM RC16 ini pada musim 2017 ialah Bradley Smith dan Pol Espargaro.
|
Dua jentera KTM RC16 menjadi milik Bradley Smith dan Pol Espargaro musim 2017 |
No comments:
Post a Comment