Monday, 4 January 2016

Moto Lejen : Cagiva Mito Si 'Kuda Kecil' 125cc Dari Itali

Cagiva Mito EV mengadaptasi rekaan model ikonik Ducati 916
Cagiva Mito ialah sebuah motosikal sport yang mempunyai enjin berkapasiti kecil. Ia dijanakuasa oleh enjin dua lejang berkapasiti 125cc bersilinder tunggal.

Juara Dunia MotoGP sebanyak sembilan kali sendiri, Valentino Rossi memulakan karier perlumbaannya dengan jentera Cagiva Mito. Pada 1994, Rossi diberikan sebuah jentera kilang Mito oleh pengurus pasukan Cagiva  iaitu Claudio Lusuardi untuk mencapai gelaran sebagai juara Itali.

Valentino Rossi beraksi bersama jentera Cagiva Mito di awal kariernya
Ketika era 1990-an, Mito dicabar oleh jentera-jentera mirip perlumbaan daripada Aprilia iaitu AF1 125 FUTURA dan kemudiannya RS125, yang dihasilkan seperti replika jentera perlumbaan 125cc dua lejang.

Aprilia RS125 menjadi saingan kepada Cagiva Mito
Pada 2012, akhirnya pengeluaran model-model baru Mito telah dihentikan. Peraturan alam sekitar yang semakin ketat dan juga tumpuan segala sumber yang diarahkan kepada jentera MV Agusta F3 adalah di antara penyebabnya. Hanya beberapa model terhad generasi Mito SP525 dikeluarkan dalam skim warna putih dan mempunyai tandatangan khas CEO MV Agusta, Giovanni Castiglioni.

Edisi Terhad model Cagiva Mito SP525 dengan tandatangan CEO MV Agusta
Model-model Mito ini mempunyai kod pengenalannya sendiri seperti Mk I/II dan SP. Bagi model yang diperkenalkan pada 1989 ia dikenali dengan kod Mk I seterusnya diikuti oleh Mk II dengan sedikit perubahan. Versi SP paling menarik dengan rim Marchesini dan suspensi yang dipertingkatkan. Model SP juga diberikan enjin dan kelengkapan yang berbeza.

Model produksi Mk I/II dan SP yang memperkenalkan Mito ke serata dunia
Pada 1994 pereka yang bertanggungjawab merekabentuk model ikonik Ducati iaitu Ducati 916, Massimo Tamburini telah merekabentuk semula Mito berasaskan model lagenda tersebut. Persamaan dapat dilihat pada bahagian hadapan dan belakang fairing.

Model ikonik Ducati 916 menjadi inspirasi rekabentuk Caviga Mito EV
Mito Evo I yang diperkenalkan pada 1995 boleh dikenali dengan rim 3 jejari bersama kotak gear 7 kelajuan dengan warna kelabu di bawah panel dan warna solid di bahagian ekornya.

Model Mito Evo I dengan rim 3 jejari dan kotak gear 7 kelajuan
Manakala model Evo II pula dilengkapi dengan rim 6 jejari bersama kotak gear 6 kelajuan, warna yang solid di bahagian bawah panel dengan warna putih di bahagian ekor.

Model Mito Evo II dengan rim 6 jejari dan kotak gear 6 kelajuan
Pada Febuari 2007, sebuah syarikat dari Malaysia iaitu MOFAZ telah mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pemasangan tempatan untuk kumpulan terakhir model Mito 125 Evolution untuk pembeli-pembeli di Malaysia. Motosikal itu akan dikenali sebagai Momos Cagiva Mito 125 Fauzy Edittion dan untuk menjadikannya eksklusif maka hanya 300 unit sahaja yang akan dikeluarkan.

Khas untuk peminat Malaysia edisi terhad Momos Cagiva Mito 125 Fauzy Edittion
Di penghujung 2009, Cagiva telah mengugurkan model Evolution, meninggalkan hanya model Mito SP525 dan Raptor 125 di dalam barisan modelnya.

Pada tahun 2005, di pertunjukan motosikal yang terkemuka iaitu  EICMA, Cagiva telah melancarkan model produksi terhad yang telah ditala daripada Mito yang asal iaitu SP525. Ini adalah sesuatu yang mirip kepada model perlumbaan grand prix iaitu Cagiva GP500 (C594). Persamaan dapat dilihat daripada fairing depan dan belakang yang menyerupai C594, roda aluminium lapan jejari yang ditempa, manakala penunjuk halajau, lampu-lampu dan cermin sisi telah dibuang untuk menurunkan berat keseluruhan. Menjadikan ia tidak sah di jalanan.

Model perlumbaan Grand Prix Cagiva, GP500 (C594)
Pada 2008, Cagiva memperkenalkan model jalanan Mito SP525 (berbeza dengan model perlumbaan SP525 di atas) bersama-sama Mito Evo II. Dari segi rupa, model terbaru ini mewarisi gaya daripada model perlumbaan SP525 terutamanya di bahagian fairing depan dan belakang.

Manakala dari segi teknikal, motosikal ini kekal menggunakan casis yang sama seperti model Evo dengan enjin 2 lejang bersesaran 125cc dengan berberapa perubahan seperti sistem baru Electronic Carburetion System (hasil kerjasama dengan Dell'Orto) yang mengabungkan kedua-dua petrol-udara, campuran minyak dan nyalaan, membolehkan ia melepasi peraturan pencemaran Euro 3 yang ketat.

Model Mito SP525 diinspirasikan dari model perlumbaan Cagiva GP500 (C594)
Pada EICMA 2006, Cagiva memperkenalkan motosikal konsep iaitu Mito 500. Enjin bersesaran 125cc, 2-lejang kini digantikan dengan enjin suntikan bahan api, empat lejang, 500cc, DOHC tunggal, hasil daripada Husqvarna.

Pada 1998, Cagiva menambah versi naked yang setara dengan Mito Evo, dikenali sebagai Planet yang mempunyai sedikit ciri-ciri Ducati Monster. Planet, tidak seperti Aprilia Tuono kerana ia diberi fairing serba baru termasuk tangki minyak yang boleh dibuka ke atas untuk menyediakan ruang simpanan topi kaledar muka penuh.

Namun pada 2003, Cagiva memberhentikan pengeluaran Planet dan menamakan motosikal yang sama pada 2004 sebagai Raptor 125 yang sebenarnya sama cuma sedikit perubahan pada penampilannya.

Model naked dari Cagiva dikenali sebagai Planet (2003) dan Raptor (2004)
Mito Evo mampu menghamburkan kuasa maksimum sebanyak 24.5 kW (33 hp) @ 12,000 rpm manakala Mito SP 525 hanya sekadar 18 kW (24 hp) @ 12,000 rpm.

DetikMoto

Cagiva Mito
Cagiva Mito Evo.png
2001 Cagiva Mito Evolution II
PengeluarCagiva
ProduksiSince 1989
ClassSport bike
Enjin124.63 cc (7.605 cu in) dua-lejang silinder tunggal
Gerek / Lejang56.0 by 50.6 millimetres (2.20 in × 1.99 in)
Nisbah Mampatan7.1:1 (closed port)
Jenis NyalaanElectronic, C.D.I
Transmisi6-speed manual
Jenis KerangkaAluminum double extruded beam with cast head pipe and cast rear plates
BrekBrembo 4 piston caliper (front)
Brembo single piston caliper (rear)
TayarFront: 110/70 ZR 17
Rear: 150/60 ZR 17
Jarak Roda1,375 mm (54.1 in)
DimensiL: 1,980 mm (78 in)
W: 760 mm (30 in) [w/mirrors]
H: 1,100 mm (43 in)
Tinggi Pelana760 mm (30 in)
Berat129 kg (284 lb) (kering)
Kapasiti Tangki14 l (3.1 imp gal; 3.7 US gal)


No comments:

Post a Comment