|
Norifume "Norick" Abe, Permata Dari Negara Matahari Terbit, Jepun |
Norifume "Norick" Abe (lahir 7hb September 1975 - meninggal dunia 7hb Oktober 2007) atau lebih dikenali sebagai Norick Abe adalah pelumba motosikal terkenal yang berasal dari negara matahari terbit, Jepun di dalam kategori 500cc dan MotoGP. Namun dia mengakhiri kehidupannya di dalam satu kemalangan jalanraya.
|
Mudah dikenali kerana imej rambut panjangnya ala pahlawan 'samurai' |
Abe adalah anak kepada Mitsuo Abe, seorang pelumba Auto Race di Tokyo. Ketika beliau berusia 11 tahun, Abe mula berlumba dengan motosikal mini dan memulakan karier perlumbaannya dengan menyertai perlumbaan motocross. Beliau beralih kepada perlumbaan jalanan ketika berusia lima belas tahun dan juga berlumba di Amerika Syarikat. Pada 1992, Abe merupakan naib juara kategori 250cc untuk kejuaraan domestik National A. Pada tahun berikutnya di kejuaraan All Japan Road Race Championship, Abe memenangi gelaran 500cc untuk tahun terakhir kategori tersebut dipertandingkan dan menjadi pelumba termuda yang memenangi gelaran juara.
|
Berlumba atas tiket "wild card" kategori 500cc di GP Jepun 1994 |
|
"Rossifumi" nama timangan Rossi di awal kariernya sebagai tanda kagum kepada Abe |
Pada 1994, ketika masih berlumba di dalam kejuaraan di negara sendiri, Abe telah memperolehi peluang untuk mempamerkan bakatnya di GP Jepun menggunakan tiket "wild card". Dia telah mengejutkan lain-lain pelumba dan ribuan penonton kerana bersaing untuk kemenangan sehinggalah pada tiga pusingan sebelum perlumbaan tamat dia terjatuh. Persembahan Abe telah memikat pasukan Kenny Roberts Yamaha, dan beliau telah ditawarkan dua lagi peluang berlumba pada tahun itu dengan keputusan tempat ke-6 pada setiap perlumbaan. Ini membolehkan beliau memperolehi tawaran musim penuh Grand Prix pada tahun 1995. Persembahan Abe juga turut mengagumkan Valentino Rossi yang ketika itu berusia 14 tahun, sehinggakan Rossi menggunakan nama timangan "Rossifumi" di awal kariernya sebagai penghormatan kepada seorang pelumba yang penuh komited dan cukup hebat.
|
Pada musim keduanya di perlumbaan kelas 500cc, Abe memperolehi kedudukan ke-5 keseluruhan |
|
Pada 1997, Abe berpeluang untuk berguru dengan Juara Dunia 500cc tiga kali, Wayne Rainey |
|
Menyertai pasukan d'Antin Antena 3 pada 1999 dengan jentera kurang kompetitif |
Abe memperolehi podium beliau yang pertama pada 1995, dan kemenangan pertama beliau serta kedudukan ke-5 keseluruhan pada tahun berikutnya. Pasukannya pada 1997 diuruskan oleh bekas pelumba lagenda dan Juara Dunia 500cc tiga kali berturut-turut, Wayne Rainey. Bagi dua musim seterusnya, Abe kekal konsisten mengutip mata termasuk empat kedudukan podium. Pada 1999 beliau berhijrah ke pasukan d'Antin Antena 3, memenangi perlumbaan GP Brazil di Rio de Janeiro pada tahun tersebut dan menang di GP Jepun di Suzuka pada tahun 2000. Walaupun dua musim di atas jentera yang kurang kompetitif, keputusan perlumbaan beliau mengesahkan rekod 100% penyudah 10 terbaik di dalam kejuaraan berterusan.
|
Tetap setia bersama Yamaha sehingga penghujung kariernya di perlumbaan superbike |
Setelah musim pertama kejuaraan MotoGP diperkenalkan pada tahun 2002, Abe menghadapi kesukaran dengan jentera empat lejang. Ketika D'Antin bertukar kepada jentera Yamaha YZR-M1 untuk tahun 2003, Abe mengambil keputusan meninggalkan pasukan tersebut dan mengambil peranan sebagai penunggang uji serta pelumba "wild card" bagi pasukan Yamaha. Kemudian pada 2004, beliau memperolehi peluang bersama pasukan Tech 3 Yamaha, namun kurang berjaya dan akhirnya beralih kepada kejuaraan Superbike World Championship juga bersama Yamaha. Walaupun tidak mendapat sokongan kilang sepertimana Noriyuki Haga dan Andrew Pitt, Abe masih mampu menamatkan kejuaraan di dalam kedudukan 10 teratas. Namun malangnya pada 2006, Abe menjadi kurang kompetitif dan gagal mendapat kedudukan podium. Pada 2007, Abe mengambil keputusan untuk kembali bersaing bersama Yamaha di kejuaraan All Japan Superbike Championship.
|
Beraksi bersama Yamaha (No.3) di kejuaraan superbike dunia dan Jepun |
Pada 7hb Oktober 2007, ketika menunggang sebuah skuter berkapasiti 500cc Yamaha T-Max di Kawasaki, Kanagawa, Abe telah terlibat dengan kemalangan jalanraya bersama sebuah trak yang melakukan pusingan-U secara haram di hadapannya pada jam 6:20 petang. Beliau akhirnya disahkan meninggal dunia pada jam 8:50 malam setelah dua setengah jam mendapatkan rawatan di hospital.
Sehingga kini beliau dikenang sebagai permata dari timur yang masih tiada penggantinya.
|
Dalam kenangan, Permata Dari Timur, Norifumi "Norick" Abe
|
Norifumi Abe |
Norick Abe menunggang Yamaha YZR500
|
Kerakyatan | Jepun |
Lahir | 7 Septem |
Meninggal | 7 October 2007 (aged 32) Kawasaki, Kanagawa, Japan |
|
Perlumbaan Grand Prix Motosikal |
Aktif | 1994-2004 |
Perlumbaan Pertama | 1994 500cc GP Jepun |
Perlumbaan Terakhir | 2004 MotoGP GP Valencia |
Kemenangan Pertama | 1996 500 cc GP Jepun |
Kemenangan Terakhir | 2000 500 cc GP Jepun |
Pasukan | Yamaha |
Kejuaraan Dunia | Tiada |
Starts | Wins | Podiums | Poles | F.Laps | Points |
144 | 3 | 17 | 0 | 1 | 1157 |
|
|
DetikMoto
No comments:
Post a Comment