Valentino Rossi telah dilahirkan di Urbino, Marche, dan masih kecil apabila keluarganya berpindah ke Tavullia. Anak lelaki kepada Graziano Rossi, juga seorang bekas pelumba motosikal, Rossi mula menunggang pada usia yang sangat muda. Rossi pada mulanya jatuh cinta pada karting. Ini didorong oleh ibunya, Stefania yang bimbangkan keselamatan anaknya memaksa Graziano membelikan sebuah go kart sebagai ganti kepada motosikal. Bagaimanapun, mengalir darah keluarga Rossi keinginan untuk pergi lebih laju menyebabkan Graziano mengubahsuai go kart tersebut dengan menggantikan enjin 60cc kepada 100cc ketika Rossi berusia 5 tahun.
Graziano Rossi percaya darah pelumba motosikal mengalir di dalam tubuh anaknya, Valentino Rossi |
Ibunya, Stefania risaukan keselamatan Valentino ketika mula-mula menceburi dunia perlumbaan |
Rossi memenangi kejuaraan kart serantau pada 1990. Kemudian dia beralih kepada minimoto dan sebelum akhir 1991 dia telah memenangi perlumbaan-perlumbaan setempat.
Rossi terus berlumba kart dan berjaya mendapat tempat kelima di kejohanan kart kebangsaan di Parma. Kedua-duanya, Rossi dan Graziano mula mencari peluang untuk bertanding di kejohanan 100cc Itali, begitu juga dengan kejohanan yang sama di Eropah, yang akan menjadi batu loncatan untuk dia menyertai perlumbaan Formula Satu. Namun, dengan kos perlumbaan kart yang tinggi memaksa mereka beralih arah kepada perlumbaan minimoto sepenuhnya. Pada 1992 dan 1993, Valentino terus belajar selok belok perlumbaan minimoto.
Menyertai perlumbaan go-kart asalnya kerana mengikut permintaan ibunya |
Sebelum menyertai perlumbaan MotoGP, Rossi belajar di perlumbaan minimoto |
Pada 1993, dengan pertolongan bapanya, Virginio Ferrari, Claudio Castiglioni dan Claudio Lusuardi (yang mengendalikan pasukan rasmi Cagiva Sport Production), dia menunggang sebuah Cagiva Mito125cc yang dirosakkan oleh beliau apabila terbabas di selekoh pertama tidak jauh 100m daripada lorong pit. Namun dia berjaya menamatkan perlumbaan di hujung minggu di tempat kesembilan.
Rossi menggunakan jentera Cagiva Mito pada awal penglibatannya di dalam arena perlumbaan |
Walaupun musim pertamanya di Kejuaraan Italian Sport Production bercampur baur, dia masih mampu memperolehi petak pertama di perlumbaan terakhir musim di Misano, di mana dia mengakhirinya dengan kemenangan podium. Pada tahun kedua, Rossi diberikan sebuah jentera kilang Mito oleh Lusuardi dan memenangi gelaran juara Itali.
Kejuaraan Dunia 125cc, 250cc & 500cc
Rossi menggunakan jentera Aprilia RS125 untuk meraih Kejuaraan Dunia pertamanya dalam kelas 125cc pada 1997 dan jentera Aprilia RS250 pada Kejuaraan Dunia kelas 250cc pada 1999.
Pada 1994, Aprilia melalui Peppino Sandroni menggunakan Rossi untuk menambahbaik jentera RS125R mereka dan sebagai balasan membenarkan Rossi untuk belajar mengendalikan rentak perlumbaan 125cc yang pantas. Pada mulanya dia merasakan dirinya di atas Sandroni dengan enjin Rotax-Aprilia pada kejuaraan Itali 1994 dan terus mengunakannya untuk kejuaraan Eropah dan Itali 1995.
Jentera Aprilia yang menghadiahkan Kejuaraan Dunia kelas 125cc dan 250cc kepada Rossi |
Rossi memperolehi beberapa kejayaan pada Kejuaraan Dunia 1996, namun gagal menamatkan lima perlumbaan pada musim tersebut dan kemalangan beberapa kali. Namun demikian dia berjaya memenagi Grand Prix Kejuaraan Dunianya yang pertama di GP Republik Czech di Brno menggunakan jentera AGV Aprilia RS125R. Dia menamatkan musim tersebut di tangga kesembilan dan menguasai kelas 125cc Kejuaraan Dunia pada musim seterusnya, 1997 dengan memenangi 11 daripada 15 perlumbaan.
Pada 1998, jentera Aprilia RS250 mencapai kemuncaknya dengan dibarisi pelumba handalan seperti Valentino Rossi, Loris Capirossi dan Tetsuya Harada. Dia kemudian menamatkan musim 1998 kelas 250cc di kedudukan kedua, ketinggalan 23 mata di belakang Capirossi. Pada 1999, Rossi memenangi gelaran juara dengan mengutip sembilan kemenangan di samping lima kedudukan petak utama.
Jeremy Burgess, ketua juruteranya dan mentornya dalam kelas primer 500cc dan MotoGP |
Sebagai ganjaran kepada kejayaannya merangkul gelaran Kejuaraan Dunia 250cc, Rossi telah diberi peluang menunggang jentera Honda di dalam kelas terunggul Kejuaraan Dunia motosikal, 500cc. Bekas Juara Dunia 500cc yang telah bersara, Mick Doohan, yang juga menggunakan khidmat Jeremy Burgess sebagai ketua jurutera, kemudiannya bersama dengan Rossi sebagai mentor peribadi bagi tahun pertamanya di Honda. Ketika itu juga adalah kali pertama Rossi berlumba menentang Max Biaggi. Dia memerlukan sembilan perlumbaan sebelum Rossi dapat mencapai kemenangan pertama bersama Honda, namun sepertimana musim-musim sebelumnya di dalam kelas 125 dan 250, ia hanyalah permulaan baik untuk musim kedua, dengan penghabisan kedua di belakang Kenny Roberts Jr.: Rossi hanya merekodkan dua kemenangan ketika musim itu iaitu di GP Great Britain dan GP Brazil.
Rossi memenangi Kejuaraan Dunia kelas 500cc sebagai pelumba satelit |
Akhirnya Rossi memperolehi gelaran Kejuaraan Dunia 500cc nya yang pertama pada tahun 2001, memenangi 11 perlumbaan pada tahun terakhir kelas 500cc dan mengumpul 325 mata, 106 mata di hadapan Biaggi, yang merupakan pencabar utama Rossi musim itu dan Rossi merupakan pelumba satelit pertama dan tunggal yang memperolehi gelaran tersebut. Pada musim tersebut, Rossi bergabung dengan penunggang Amerika, Colin Edward di dalam perlumbaan tahan lasak Suzuka 8 Jam menggunakan jentera Honda VTR1000SPW, menjadikan Rossi pelumba pertama Itali memenanginya. Pasangan tersebut masih mampu memenangi perlumbaan walaupun Rossi kekurangan pengalaman di dalam perlumbaan superbike. Pada 2002, jentera 2-lejang 500cc masih dibenarkan, namun melihat kepada permulaan jentera 4-lejang berkapasiti 990cc yang kemudiannya melihat jentera 500cc mula disisihkan.
DetikMoto
No comments:
Post a Comment