Friday 4 December 2015

Moto Lejen : Aprilia RS250 Replika Grand Prix Jelmaan 'Mad' Max

'Mad' Max Biaggi menaikkan nama Aprilia di Kejuaraan Dunia GP kelas 250cc
Aprilia RS250 merupakan tinggalan yang terakhir dari sebuah genetik, yang mencetuskan kehangatan yang sangat bermakna kepada jentera dua lejang. Dibina untuk membawa jenama Aprilia dari Itali yang menjuarai Kejuaraan Grand Prix kelas 250cc pada tahun 1993 menggunakan enjin berinjap reed dan sebuah casis yang hampir sempurna menjadikan jentera ini sebagai salah sebuah jentera yang mempunyai penggendalian terbaik sepanjang zaman. Hebat!

Ekzos berkembar, lengan ayun 'pisang', fork terbalik dan brek Brembo kombinasi terbaik
Aprilia RS250 ialah 'musuh' kepada mereka yang gemar menggeselkan lutut di litar atau jalanan. Ini kerana casisnya yang begitu sempurna dan begitu luarbiasa menyebabkan jentera ini tetap tegap dan kekal stabil tidak kira apa sahaja sudut miringan. Fork jenis terbalik, lengan ayun berbentuk 'pisang' dan brek Brembo empat piston bukan sekadar hiasan, mereka adalah kombinasi yang terbaik.

Menggunakan enjin salinan jentera Suzuki RGV250 dengan kuasa setinggi 55bhp
Diambil daripada jentera Suzuki RGV250, Aprilia RS250 dibekalkan dengan enjin engkol tunggal, 2 silinder berkembar V yang amat berbaloi. Mencapai puncak kuasanya pada 10,500rpm, menghantar kuasa setinggi 55bhp dengan pecutan yang hebat. Kepada sesiapa yang membesar dengan motosikal empat silinder pelbagai silinder tentu akan berasa kecewa pada mulanya, namun bertahanlah kerana sesuatu yang amat nikmat tidak datang dengan mudah. Jadi pilihlah gear yang tepat, bertahanlah pada setiap tahap rpm dan paculah ia seperti seorang pelumba GP.

Ramai anak muda memilikinya kerana bentuk dan corak grafiknya yang menarik
Dari segi penyelenggaraan pemiliknya perlu memastikan penggunaan minyak dua lejang 2T sintetik penuh yang lebih mahal untuk menggelakkan enjin replika perlumbaan ini daripada menghadapi masalah. Jika tidak setiap 6000 batu perjalanan pemiliknya terpaksa mendapatkan kit piston yang baru. Malangnya kebanyakan pemilik Aprilia RS250 ialah anak muda yang tidak peduli dengan tempoh servis dan tidak mengambil berat tentang penyelenggaran motosikal mereka berbanding peminat sebenar.

Rossi juga menggunakan jentera Aprilia ketika meraih gelaran Juara Dunia pertamanya
Sebagai sebuah model replika perlumbaan ia benar-benar hadir sepertimana model perlumbaan, Aprilia RS250 mempunyai tempat duduk yang tipis, tiada penghidup elektrik malahan tempat duduk pembonceng adalah sesuatu yang kelakar. Namun anda masih memperolehi lampu penukar gear dan produk-produk di pasaran luar untuk model ini juga masih boleh diperolehi.

Ingat dua lejang ingatlah Aprilia...

   Spesifikasi Aprilia RS250
1997 Aprilia RS250.
PengeluarAprilia
Dikenali JugaGP1
Syarikat IndukPiaggio
Produksi1995-2002 (road)
KelasSport bike
EnjinLiquid cooled,249 cc,2-stroke,90-degree V-Twin
Transmisi6-speed sequential, chain drive
JarakRoda1,370 mm (53.9 in)
KaitanSuzuki RGV250

DetikMoto







No comments:

Post a Comment