Wednesday 2 December 2015

MotoGP : Musim 2015 Rossi Berakhir Di Ralli Monza

Rossi masih sempat menjuarai Ralli Monza setelah musim MotoGP 2015 berakhir
Valentino Rossi berkata bahawa beliau sedang menyusun rancangannya untuk kejuaraan musim depan setelah kegagalan di pengakhiran MotoGP 2015 dan berkata musim ini masih belum berakhir baginya.

Juara Dunia sembilan kali tersebut menjadi tumpuan di pengakhiran dramatik MotoGP musim ini, apabila pelumba Itali ini menuduh Marc Marquez merancang sesuatu di GP Malaysia untuk membantu Jorge Lorenzo memenangi kejuaraan, dengan kedua-duanya bertembung di litar setelah bersaing sengit.

Akibatnya Rossi dikenakan penalti tiga mata oleh Race Direction atas kesalahan 'tunggangan yang tidak bertanggungjawab' dan peranannya di dalam kemalangan itu yang memaksa Marquez menuju keluar litar sebelum mereka bergesel dan menyebabkan pelumba Honda itu terkeluar dari persaingan.

Ditambah kepada satu mata penalti sebelumnya yang dikenakan di awal musim, Rossi terpaksa berlumba di perlumbaan penentu gelaran di Valencia daripada petak terakhir di grid, satu hukuman yang membolehkan Lorenzo memenangi perlumbaan tersebut dan seterusnya meraih gelaran Juara Dunia.

Disebalik kontroversi yang melanda, Rossi memperolehi kutipan mata yang konsisten sepanjang musim bagi membolehkan beliau mendahului Lorenzo sehingga perlumbaan terakhir walaupun kemenangan Rossi yang terakhir cuma buat kali keempat musim ini di perlumbaan basah GP British, di mana Marquez terkeluar akibat kemalangan dan Lorenzo pula bergelut untuk meraih tempat keempat.

Bercakap di Monster Energy Monza Rally Show, Rossi berkata sejak Valencia dia tetap terus bekerja dan melakukan persediaan untuk musim depan dan musimnya hanya akan berakhir pada hujung minggu ini.

"Musim sebenarnya memang telah berakhir di Valencia, namun musim saya hanya akan berakhir setelah Rally of Monza," kata Rossi. " Juga di bulan November saya akan cuba memperbaiki segala kelemahan dan rasanya sudah sampai d pengujung musim bagi saya. Mulai pagi Isnin saya akan mula bercuti yang sebenarnya.

"Monza sentiasa menjadi detik yang hebat dan cara yang hebat untuk menghabiskan musim ini kerana saya cukup gembira pada musim ini kerana pada tahun ini saya berada di depan, jadi saya gembira."

Rossi, juara tiga kali Ralli Monza, menuju ke hari terakhir aksi dengan pendahuluan yang selesa dengan jentera Ford Fiesta WRC 1.6 dan bertanding di samping rakan sejak kecilnya dan wajah biasa di garaj MotoGP beliau iaitu Alessio 'Uccio' Salucci.



No comments:

Post a Comment