Monday 30 November 2015

Personaliti MotoGP : Rossi : Siapakah Pencabar Sepanjang Karier MotoGPnya?

Sepanjang kariernya yang gemilang, Rossi telah mencipta ramai 'musuh'
Di awal karier Rossi, pencabar utama beliau ialah rakan senegara beliau dari Itali iaitu Max Biaggi. Walaupun mereka belum pernah berlumba bersama-sama sehinggalah musim 2000, perseteruan di antara mereka sebenarnya telah bermula sejak pertengahan 90-an. Akhirnya perseteruan di antara mereka berakhir apabila Rossi memenangi Kejuaraan Dunia berturut-turut manakala Biaggi pula bergelut untuk mencari sokongan dan rentak perlumbaannya sendiri.

'Mad' Max Biaggi yang mencipta nama dalam kelas 250cc menjadi seteru utama Rossi ketika mula menyertai kelas 500cc
Di dalam autobiografinya yang berjudul What If I'd Never Tried It?, Rossi telah membuat beberapa dakwaan tentang sebab-sebab wujudnya perseteruan beliau dengan Biaggi, dan beberapa insiden yang menghangatkannya lagi. Malahan perseteruan ini juga dimuatkan di dalam sebuah filem dokumentari, Faster pada tahun 2003.

Pesaing terdekat Rossi di dalam musim 2003 dan 2004 ialah Sete Gibernau yang menunggang untuk pasukan Team Gresini Movistar Honda iaitu sebuah pasukan jentera satelit RC211V pada 2004 yang kemudiannya menggunakan jentera penuh kilang RC211V yang sama-sama dibangunkan oleh Gibernau pada 2005. Sebelumnya mereka agak mesra di antara satu sama lain samada di dalam atau di luar litar - Gibernau juga kerap dilihat berparti bersama Rossi di sebuah villa dikenali sebagai Italian's Ibiza - namun hubungan mereka mula retak pada musim 2004 dan berkecai akibat "Insiden Qatar" di mana pada musim yang sama pasukan Rossi didenda kerana "membersihkan" kedudukan gridnya untuk membantu cengkaman, bersama-sama rakan Honda, Max Biaggi, dan kedua-dua pelumba dikenakan penalti dengan diarahkan untuk bermula dari petak belakang di grid. Beberapa pasukan termasuk pasukan Gibernau iaitu Team Gresini dan pasukan rasmi Repsol Honda telah mengemukakan rayuan kepada Race Direction untuk menyingkirkan Rossi dan berjaya. Rossi dan ketua juruteranya, Jeremy Burgess bertegas bahawa mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dan sama sahaja seperti tindakan mereka yang lain ketika berhadapan dengan litar kotor.

Ketua Jurutera, Jeremy Burgess yang pernah bekerja bersama Juara Dunia 5 kali 500cc Mick Doohan
Sejak itu mereka tidak lagi bercakap di antara satu sama lain dan Rossi mengambil kesempatan menggunakan insiden tersebut untuk memberi tekanan psikologi ke atas Gibernau. Khabar angin tersebar mengatakan Rossi telah bersumpah selepas perlumbaan di Qatar di mana Gibernau menjuarainya manakala Rossi tersingkir ketika di kedudukan ke-6, bahawa dia akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Gibernau tidak akan berdiri di podium teratas lagi. Bagaimanapun Rossi menafikan khabar angin tersebut. Gibernau akhirnya bersara daripada perlumbaan Grand Prix setelah satu musim yang suram, dibelenggu kecederaan pada musim 2006 ketika bersama Ducati dan dia juga gagal memenangi sebarang perlumbaan selepas Qatar, sehingga media perlumbaan motosikal Sepanyol dan Itali menyebut peristiwa ini sebagai "Sumpahan Qatar".

Hubungan baik Sate Gibernau dan Rossi umpama retak menanti belah akibat 'Insiden Qatar'
Pada 2007, Casey Stoner muncul sebagai pencabar utama Rossi. Bersama dengan Ducati, pemuda dari Australia ini memenangi perlumbaan pertama pada tahun tersebut, diikuti dengan lebih banyak kejayaan yang membawa kepada kejayaannya meraih gelaran Juara Dunia Kejuaraan MotoGP 2007. Perseteruan di antara Stoner dan Rossi mencapai klimaks yang dramatik di Laguna Seca Raceway pada 2008. Setelah beberapa kali bertukar posisi, Rossi memotong Stoner di laluan Corkscrew. Tindakan berani itu menyebabkan Rossi terbabas dan ketika masuk kembali ke litar hampir-hampir menyebabkan mereka bertembung. Beberapa pusingan kemudian giliran Stoner pula terbabas ke kawasan kerikil pada selekoh perlahan 11. Stoner bangkit kembali dengan jenteranya dan berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat ke-2 manakala Rossi memenanginya. Setelah perlumbaan berakhir, Casey Stoner memberi komen "Saya telah hilang rasa hormat kepada salah seorang pelumba terhebat di dalam sejarah." Namun pada perlumbaan seterusnya Stoner memohon maaf kepada Rossi di atas komennya itu.

Casey Stoner, anak muda dari Australia menghadiahkan pasukan Ducati Kejuaraan Dunia MotoGP 2007
Pada 2008, Jorge Lorenzo menyertai Rossi di dalam pasukan kilang Yamaha Motor Racing, yang memulakan sebuah perseteruan baru. Rossi memenangi gelaran Juara Dunia 2008, dengan Lorenzo mengalami kemalangan serius di Laguna Seca dan China. Pada 2009, Rossi dan Lorenzo meneruskan persaingan dengan Rossi sekali lagi muncul sebagai juara. Di dalam musim 2009, Rossi menewaskan Lorenzo di dalam beberapa pesaingan sengit di Valencia, Assen, Sachsenring dan yang paling diingati di halaman sendiri Lorenzo, perlumbaan Catalunya setelah Rossi memotongnya di selekoh terakhir untuk meraih kejayaan iaitu di bahagian trek di mana untuk memotong adalah sesuatu yang mustahil Namun pada musim 2010, Lorenzo akhirnya meraih kejayaan di dalam perebutan kejuaraan gelaran Juara Dunia, setelah Rossi mengalami kecederaan di bahunya ketika menjalani latihan motocross, yang kemudiannya terlibat pula dengan kemalangan ngeri di Mugello, yang memaksa beliau melupakan empat perlumbaan semusim. Perlumbaan paling dramatik pada musim tersebut ialah di Motegi, Rossi menewaskan Lorenzo untuk tempat ke-3.

Persaingan di antara Rossi dan Lorenzo bermula sejak musim 2008 dimana Rossi bergelar Juara Dunia MotoGP
Perseteruan mereka memuncak pada musim 2015 dengan Lorenzo meraih gelaran Juara Dunia MotoGP
DetikMoto

No comments:

Post a Comment