Monday 7 December 2015

MotoGP : Moto2 : Mampukah adik tirinya menewaskan Rossi?

Rossi dan adik tirinya Luca Marini pelumba graduan dari VR46 Riders Academy
"Saya gembira dan pada masa yang sama teruja dengan peluang yang hebat ini!' - Luca Marini.

Pasukan Forward Racing secara rasminya mengesahkan bahawa saudara tiri Valentino Rossi, Luca Marini akan memulakan musim penuh grand prixnya di dalam Kejuaraan Dunia Moto2.

Marini turut diletakkan bersama-sama rakan  pelumba Akademi VR46, Lorenzo Baldassarri pada senarai awal penyertaan musim 2016 dan  skuad Giovanni Cuzari sekarang telah mengesahkan bahawa pelumba berusia 18 tahun itu telah menandatangani kontrak jangka panjang.

Marini membuat kemunculan grand prixnya sebagai pelumba wild-card Moto3 semasa perlumbaan di Misano pada 2013, dan kembali pada musim ini di dalam kelas Moto2 dan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-21. Pelumba Itali ini juga merangkul kedudukan kelima keseluruhan di dalam Kejuaaan Moto2 CEV pada tahun ini.

"Saya gembira dan pada masa yang sama teruja dengan peluang yang hebat ini!" kata Marini. "Musim depan akan menjadi sangat penting dan penuh harapan. Menyertai Forward Racing adalah peluang yang hebat untuk saya berkembang dan belajar daripada pasukan dan rakan sepasukan: Saya ingin mengambil kesempatan ii sepenuhnya! Saya berterima kasih kepada Giovanni dan VR46 Riders Academy untuk peluang ini dan saya berharap untuk membalas kepercayaan mereka kepada saya dengan prestasi saya."

Cuzari menambah : "Saya amat gembira untuk mengumumkan kedatangan pelumba baru bagi musim 2016. Luca ialah seorang pelumba muda yang amat kami banggakan untuk menyertai pasukan kami dengan sasaran untuk berkembang bersama-sama. Luca akan berlumba di samping 'Balda' dan bersama mereka akan membentuk gabungan pelumba muda Itali yang berbakat yang akan memacu jentera Kalex dari Forward Racing. Bagi mengesahkan keyakinan dan sokongan yang VR46 Riders Academy berikan kepada projek tahun 2016 adalah satu lagi sebab untuk saya berpuas hati.

Baldassarri menamatkan kejuaraan dunia musim ini dikedudukan kesembilan, yang terbaik ialah kedudukan podium yang pertama di Phillip Island dengan rakan sepasukan Simone Corsi di tempat keduapuluh.

Setelah manamatkan pasukan MotoGPnya, pasukan Moto2 akan menjadi satu-satunya pasukan Forward yang akan difokuskan oleh mereka pada 2016 bersama projek WSBK dengan MV Agusta.

DetikMoto

No comments:

Post a Comment