Sunday 6 December 2015

Moto Otai : Wayne Rainey Cinta Dunia Perlumbaan Atas Kerusi Roda

Wayne Rainey mengungguli Kejuaraan 500cc 1990,1991 dan 1992
Wayne Wesley Rainey (dilahirkan 23 Oktober, 1960) adalah bekas juara perlumbaan motosikal Grand Prix berasal dari Amerika. Pada lewat 1980-an dan awal 1990-an, beliau memenangi Kejuaraan Dunia 500cc sebanyak tiga kali dan Daytona 200 sekali. Dia dikenali dengan karektornya yang menunggang penuh lancar dan berkira-kira.

Pelumba handalan berasal dari Amerika Syarikat
Rainey memulakan karier perlumbaanya di dalam kejuaraan A.M.A. Grand Prix National Championship, satu kejohanan yang mengabungkan empat displin perlumbaan trek tanah termasuk juga pelumbaan jalanan. Pada 1981, dia menamatkan musim Grand National pada kedudukan ke-15 pelumba trek tanah di Amerika. Hasil kejayaannya di dalam kelas Novice 250cc perlumbaan jalanan, pasukan Kawasaki telah mengambil beliau untuk berlumba di kejohanan AMA Superbike Championship pada 1992 di samping rakan sepasukan yang juga juara bertahan National Champion, Eddie Lawson. Tahun berikutnya, Lawson beralih ke kejuaraan Grand Prix dan meninggalkan Rainey sebgai pelumba utama pasukan dan berjaya memenangi National Championship 1993 untuk Kawasaki.

Bersama bekas pengurusnya Kenny Roberts dan seterunya utamanya Kevin Schwantz
Pada 1984, dia menerima tawaran untuk menunggang bagi pasukan yang baru ditubuhkan iaitu Kenny Roberts Yamaha di dalam kelas 250cc di Grand Prix World Championship. Satu musim yang kurang berjaya (1 podium dan kesukaran menghidupkan jentera) melihat beliau kembali bertanding di Amerika bersama pasukan Maclean Racing pada 1985 di dalam kelas U.S. 250 dan kelas Formula 1, kemudia menyertai pasukan American Honda mulai 1986 sehingga 1987 dimana dia berlumba dalam kategori Superbike dan F1. Hanya pada 1987 Superbike National Championship beliau bersaing hebat dengan seteru utamanya Kevin Schwantz untuk memburu gelaran juara. Rainey memenangi kejuaraan itu, namun perseteruan hangat di antara mereka itu hanyalah permulaan. Sangat hangat sehingga ia bersambung di kejohanan 1987 Trans-Atlantic Match Races di mana mereka ialah rakan sepasukan yang sepatutnya bersaing dengan pelumba-pelumba British.

Sama-sama mewakili pasukan dari negara matahari terbit, Jepun iaitu Yamaha dan Suzuki
Pada 1988, Rainey kembali ke Eropah sekali lagi bersama pasukan Team Roberts Yamaha, kali ini di dalam kelas primer 500cc menunggang YZR500. Pesaing utama beliau Schwantz juga ke Eropah, juga menyertai kelas 500cc bersama pasukan Team Suzuki. Mereka berdua meneruskan pertembungan sesama mereka di serata litar di Eropah, memaksa satu sama lain ke tahap maksimum. Pada 1988 Rainey dan rakan sepasukan Team Roberts Yamaha, Kevin Magee telah memnangi perlumbaan lasak Suzuka 8 Hours di Jepun. Manakala di kempen 1989, Rainey mendapat tempat kedua keseluruhan. Mulai 1990 hingga 1992, Rainey memenangi kejuaraan kelas 500cc berturut-turut untuk Yamaha. Rainey juga di dalam perjalanan merangkul kejuaraan keempat berturut-turut pada tahun 1993. Beliau mendahului mata kejuaraan dan mendahului perlumbaan di GP Itali di Misano sebelum beliau terlibat di dalam kemalangan yang menamatkan kariernya. Beliau terbabas ke kawasan kerikil pada kelajuan tinggi, yang menyebabkan tulang belakangnya patah. Kecederaan itu memaksa beliau menyerahkan gelaran Juara Dunia kepada seteru utamanya, Schwantz. Kecederaan itu menyebabkan Rainey lumpuh seumur hidup dari bahagian dada ke bawah.

'Menghadiahkan' Kejuaraan Dunia 500cc kepada Schwantz pada tahun 1993
Beliau meminta nasihat daripada pemilik pasukan F1, Williams iaitu Frank Williams. Rainey akhirnya menjadi pengurus pasukan untuk Marlboro Yamaha untuk beberapa tahun. Setelah musim 1995 berakhir, Schwantz juga telah bersara daripada dunia Grand Prix, akibat dihantui kecederaan dan juga akibat kehilangan pencabar utamanya untuk sekian lama yang menghilangkan motivasi dirinya dan menjelaskan lagi matlamatnya.

Setelah bersara dari menjadi pelumba, Rainey bertindak sebagai pengurus Marlboro Yamaha Team
Walaupun demikian Rainey tidak mahu meninggalkan dunia perlumbaan hanya kerana kekurangannya dan sekarang terlibat dengan perlumbaan Superkart menggunakan kawalan tangan di dalam siri World Superkart di Northen California. Beliau tinggal di Monterey, California di sebuah ruah yang dibina khusus untuk beliau melihat sirkit Mazda Raceway Laguna sebelum kejadian malang itu. Sirkit yang berdekatan itu mempunyai satu selekoh yang dinamakan Rainey Curve , sebuah selekoh kelajuan sederhana yang sesuai untuk si kidal sepertimana selekoh yang terkenal Corkscrew. Rainey dimasukkan ke dalam AMA Motocycle Hall of Fame pada tahun 1999 dan FIM menamakan beliau sebagai Lagenda Grand Prix pada tahun 2000. Beliau juga disenaraikan di dalam International Motorsports Hall of Fame pada tahun 2007.

Berlumba Superkart dengan kawalan tangan di siri World Superkart
Pada 2003, dia adalah salah seorang subjek di dalam sebuah filem dokumentari, Faster.

Mulai 2015, Rainey dan rakan perniagaannya di grup MotoAmerica akan menguruskan kejohanan AMA Superbike.

Kini Rainey tinggal di Monterey, California bersama isterinya Shae. Mereka mempunyai seorang anak lelaki Rex yang merupakan lulusan dari Pepperdine University dan bekerja di CBS Television Distribution yang menyiarkan rancangan Entertainment Tonight dan The Insider.


Wayne Rainey
Wayne Rainey at Hockenheim (1989).jpg
Wayne Rainey bersama Yamaha YZR500
WarganegaraUnited States
LahirOctober 23, 1960 (age 55)
Downey, California, U.S.

Perlumbaan Motosikal Grand Prix
Tahun Aktif1984, 1988-1993
Perlumbaan Pertama1984, 250cc Nations GP
Perlumbaan Akhir1993, 500cc GP Itali
Kemenangan Pertama1988, 500cc GP British
Kemenangan Terakhir1993, 500cc GP R.Chech
PasukanYamaha
Kejuaraan500cc - 1990,1991,1993
StartsWinsPodiumsPolesF,.lapsPoints
95246516231270.5

Warna Merah dan Putih Marlboro dan Rainey tidak dapat dipisahkan...

DetikMoto

No comments:

Post a Comment