Walaupun terkenal sebagai seorang pelumba hebat sepanjang zaman namun Rossi juga seorang yang percaya kepada perkara-perkara mistik. Oleh itu tidak hairanlah jika Rossi juga terkenal dengan ritual sebelum menunggang untuk perlumbaan.
 |
Rossi akan memegang pemijak sebelah kanan dan 'bercakap' dengan jenteranya |
Pada hari perlumbaan, Rossi akan menonton permulaan perlumbaan Moto3 untuk melihat selama mana lampu-lampu permulaan kekal menyala sebelum dipadamkan bagi menandakan perlumbaan bermula.
Manakala sebelum menunggang (tidak kira untuk perlumbaan, kelayakan atau latihan), Rossi akan memulakan ritual peribadinya dengan berhenti sejauh 2 meter daripada motosikalnya, membongkok dan menyentuh butnya.
 |
Rossi akan berada sejauh 2 meter dari jenteranya sambil membongkok dan menyentuh butnya |
Kemudian apabila tiba di motosikalnya, Rossi akan mencangkung dan memegang pemijak kaki sebelah kanan, dengan kepalanya menunduk ke bawah. Di dalam sebuah temuramah, Rossi berkata "Ia adalah satu detik di mana saya fokus dan 'bercakap' dengan motosikal saya, saya seperti telah memasuki satu alam lain."
Rossi juga menyesuaikan cengkaman sut perlumbaannya dengan cara berdiri di atas kedua-dua pemijak, sewaktu menunggang di lorong pit sebelum permulaan perlumbaan atau latihan.
 |
Mungkin ramai yang tidak tahu, menyesuaikan sut sambil berdiri di atas jenteranya di lorong pit adalah ritual Rossi |
Rossi juga mendedahkan di dalam sebuah temuramah dengan MotoGP.com yang dia akan memakai butnya satu sebelum yang lain, juga dengan sarung tangannya. Dia juga akan menaiki dan turun daripada motosikalnya dengan cara yang sama iaitu menghayunkan kaki kanannya melepasi hadapan motosikalnya.
 |
Pemakaian sarung tangan dan but secara satu persatu juga sebahagian daripada ritual yang diamalkan |
Mungkin ramai yang tidak percaya dengan perkara-perkara ritual yang tidak masuk akal. Namun disebaliknya mungkin ada kesan psikologi atau kesan ke atas minda separa sedar yang merangsang seseorang itu bertindak lebih cemerlang seterusnya menghasilkan keputusan yang diingini.
Siapa tahu bukan?
DetikMoto
No comments:
Post a Comment