 |
Valentino Rossi, Juara Dunia sembilan kali Grand Prix World Championships |
Valentino Rossi yang kita kenali hari ini telah dilahirkan 36 tahun yang lalu pada 16hb Febuari 1979. Seorang pelumba motosikal profesional yang berasal dari sebuah negara yang sinonim dengan dunia perlumbaan motor (motosikal atau kereta) Itali dan telah beberapa kali memenangi gelaran Juara Dunia MotoGP. Rossi ialah pelumba motosikal yang paling berjaya sepanjang zaman, dengan sembilan kejuaraan Grand Prix World Championships - tujuh daripadanya di dalam kelas primer (MotoGP & 500cc)
Mengikut jejak langkah bapanya yang juga seorang bekas pelumba, Graziano Rossi, Rossi mula berlumba di Grand Prix pada musim 1996 menggunakan jentera Aprilia di dalam
kategori 125cc dan amat menakjubkan apabila Rossi berjaya memenangi Kejuaraan Dunianya yang pertama pada tahun berikutnya
1997. Bermula dari situ, Rossi beralih ke
kategori 250cc pada musim 1998 juga bersama jentera Aprilia dan seterusnya mengulangi sejarah apabila berjaya memenangi Kejuaraan Dunia kategori 250cc juga pada tahun keduanya iaitu pada musim
1999.
 |
Menjuarai kelas 125cc pada musim keduanya di Kejuaraan Dunia musim 1997 |
 |
Bersama Juara Dunia 500cc, Alex Criville setelah bergelar Juara Dunia 250cc musim 1999 |
Rossi kemudiannya beralih kepada kelas primer iaitu Kejuaraan Dunia 500cc pada musim 2000, dan sekali lagi berjaya mengulangi sejarah kehebatannya memenangi setiap kelas pada tahun kedua penyertaannya dengan memenangi
Kejuaraan Dunia 500cc pada musim
2001 dengan jentera Honda, dan memenangi
Kejuaraan Dunia MotoGP (juga bersama Honda) dua tahun berturut-turut pada musim
2002 dan 2003.
 |
Meraih gelaran pertama dan terakhir kelas 500cc bersama Honda pada musim 2001 |
 |
Gelaran sulung MotoGP diraihnya pada musim 2002 bersama pasukan Repsol Honda |
 |
Meneruskan rentak kecemerlangannya dengan meraih Juara Dunia MotoGP musim 2003 juga bersama Honda |
Rossi meneruskan kecemerlangannya dengan memenangi dua lagi gelaran berturut-turut pada
2004 dan
2005 tapi kali ini bersama pasukan yang berbeza iaitu Yamaha, dan kemudian kembali meraih gelaran Juara Dunia pada musim
2008 dan sekali lagi mengekalkan gelaran tersebut pada tahun
2009.
 |
Beralih angin dengan menyertai pasukan Yamaha untuk meraih gelaran Juara Dunia ke-6 pada musim 2004 |
 |
Mengekalkan mahkota Juara Dunia kelas primer 500cc/MotoGP kali ke-5 berturut-turut pada musim 2005 |
 |
Uniknya, Rossi memperolehi gelaran Juara Dunia kali ke-8 pada musim 2008 |
 |
Kali terakhir bergelar Juara Dunia dan gelaran Juara Dunia ke-9 ialah pada musim 2009 bersama Yamaha |
Manakala pada musim 2011 Rossi menyertai pasukan yang berasal dari Itali iaitu Ducati sehingga musim 2012. Rossi kemudiannya kembali beralih arah kepada Yamaha untuk musim 2013 dan 2014. Dikhabarkan kerjasama Rossi dan Yamaha akan berterusan sehingga musim 2017.
 |
Beralih arah bersama pasukan dari negara kelahirannya Itali, Ducati bagi musim 2011 dan 2012
 Kembali menyertai pasukan Yamaha mulai musim 2013 dan dijangka kekal sehingga musim 2017 |
Pada tahun ini Rossi hampir memenangi gelaran Juara Dunia 2015 setelah beberapa tahun menyepi, mendahului kejuaraan hampir sepanjang musim, hanya tewas kepada rakan sepasukannya di Yamaha, Jorge Lorenzo di pusingan akhir GP Valencia. Menuju penghujung musim yang dipenuhi kontroversi di antara Rossi dan pelumba Repsol Honda, Marc Marquez sehingga menyebabkan Rossi dikenakan penalti di grid pada pusingan akhir akibat peristiwa 'sentuhan' dengan Marquez di Sepang. Rossi juga menuduh Marquez secara sengaja ingin menjejaskan peluangnya merebut kejuaraan, sesuatu yang dinafikan oleh Marquez berulangkali.
 |
Persaingan sengit musim ini diabadikan oleh Rossi melalui grafik di helmetnya (seekor ikan kecil dikejar jerung) |
 |
Rossi 'The Doctor' dan Giacomo Agostini 'Ago' dua lagenda sepanjang zaman perlumbaan motosikal dunia |
Secara kesimpulannya Rossi ialah yang terunggul sepanjang zaman bagi kelas primer 500cc/MotoGP dengan 86 kemenangan dan tempat kedua keseluruhan jumlah kemenangan 112 di belakang seorang lagi lagenda dari Itali, Giacomo Agostini dengan 122 kemenangan.
DetikMoto
No comments:
Post a Comment