![]() |
Karekter Rossi yang 'gila-gila' memeriahkan kem Yamaha Movistar |
Kedua-dua kenyataan media oleh Repsol pada hari perlumbaan dan pada hari Isnin oleh Naib Presiden HRC, Shuhei Nakamoto menyatakan tendangan telah dilakukan, begitu juga oleh Marquez sendiri.
Yamaha menegaskan bahawa tendangan tersebut “tidak dibuktikan” oleh Race Direction (yang berkata imej TV adalah tidak menyakinkan) dan oleh itu mereka “menolak perkataan-perkataan yang digunakan di dalam kenyataan media tersebut”
Rossi menafikan yang dia menendang Marquez dan berkata “Dia menyentuh saya dengan hendalnya pada kaki kiri saya dan itu adalah sebab dia kemalangan… ketika kaki saya beralih dari pemijak Marquez telah terjatuh.”
Keputusan rasmi Race Direction tentang kemalangan itu mengisytiharkan bahawa Rossi: “Sengaja menunggang jauh keluar pada Selekoh 14 dengan tujuan untuk memaksa seorang pelumba lain terbabas, menyebabkan sentuhan sehingga pelumba lain tersebut kemalangan” – tetapi tidak menyebut tentang tendangan atau Rossi inginkan Marquez terjatuh.
Samada Rossi atau rakan sepasukannya Jorge Lorenzo akan dimahkotakan sebagai juara MotoGP 2015 pada hujung minggu ini di Valencia. Bagaimanapun kejadian di Sepang masih jauh daripada berakhir dengan Rossi merayu di atas hukuman 3 mata penalti dan cuba mengelakkan permulaan daripada petak terakhir grid.
Dorna dan FIM telah memanggil kesemua pelumba MotoGP untuk satu perjumpaan pada Khamis berhubung “peristiwa yang berlaku di GP Malaysia dan perkembangan seterusnya pada minggu akan datang”, seterusnya membatalkan sidang media sebelum perlumbaan yang biasanya diadakan.
Kenyataan penuh Yamaha adalah sepertimana berikut:
“Kami merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Repsol Media Service pada Ahad, 25hb Oktober 2015, bertajuk “Kemenangan Pedrosa dan kemalangan Marquez selepas tendangan tanpa semangat kesukanan dari Rossi”, begitu juga dengan kenyataan media oleh Honda Racing Corporation pada 2hb November, bertajuk “Q&A bersama Shuhei Nakamoto, Naib Presiden Eksekutif HRC”.
“Yamaha ingin menyatakan rasa tidak bersetuju dengan perkataan-perkataan yang digunakan di dalam laporan kejadian di antara pelumba Valentino Rossi dan Marc Marquez.
“Kedua-dua kenyataan media tersebut mengandungi perkataan-perkataan yang menuduh Valentino Rossi menendang jentera Marc Marquez di mana ia adalah sesuatu yang tidak dibuktikan dalam penyiasatan Race Direction.
“Kami dengan ini menolak penggunaan perkataan-penggunaan di dalam kenyataan yang telah disiarkan yang tidak selari dengan penemuan oleh pihak Race Direction.
“Yamaha tidak berhasrat untuk melanjutkan perbincangan berkenaan kejadian yang malang ini dan keinginan kami ialah untuk menamatkan musim MotoGP 2015 ini sebaik mungkin.
“Kami menuju ke Valencia dengan niat yang jelas untuk mencuba yang terbaik untuk menang dan berharap ia akan menjadi pelumbaan akhir yang akan diingati oleh semua pelumba dan pasukan yang bertanding dengan teladan semangat kesukanan sesuai dengan kategori tertinggi di dalam perlumbaan motosikal.”
DetikMoto
No comments:
Post a Comment