Ikuti ulasan dan pandangan daripada penunggang-penunggang pandu uji wakil media tempatan untuk model terkini dari Yamaha, Y15ZR.
" Enjin Y15ZR tidak mengecewakan ketika pendikit dipulas. Cukup bertenaga bagi sebuah kapcai. Y15ZR membekalkan respons bertenaga yang mampu mengukir senyuman sewaktu menunggang.
Kuasa tarikan setiap kedudukan gear nampaknya menidakkan faktor kehilangan kuasa. Motosikal ini didatangkan dengan kotak gear lima kelajuan.
Senibina Y15ZR sememangnya menonjolkan kombinasi kemewahan, sporty dan keanggunan. Jangan berasa hairan mengapa pengguna lain sering memerhatikan motosikal anda. Tarikannya cukup menggoda".
Baca selanjutnya di Sinar Turbo
" Memandangkan ini adalah kapcai yang ditujukan kepada mereka yang gemarkan prestasi dan kuasa, penulis ingin memberitahu bahawa kelajuan maksimum yang dapat dicapai adalah sehingga 132km/j (pada meter). Perlu diingat juga, unit tunggang uji ini adalah unit baharu yang semasa tiba di tangan penulis sekadar mencatat 142km pada odometernya.
Semasa di selekoh sistem suspensi berfungsi dengan baik dan memberikan penyerapan yang menyakinkan. Cuma bagi penulis walaupun tayar belakang motosikal ini lebar (120/70-17), perasaan sedikit gentar untuk 'melayan' selekoh wujud apabila melihat tayar hadapan kecil (70/90-17) dan ada kalanya terasa licin".
Baca selanjutnya di BHAuto
" Sebaik suis pemula diputar, konsol penghidup elektrik ditekan dan klac tangan ditarik, serentak itu deruman enjin Y15ZR mula mengaum, deruman itu terdengar manja pada gegendang telinga penulis.
Efek bunyi lembut dihasilkan model Y15ZR disalur keluar padanan sistem ekzos dan peredam tiga peringkat.
Selain teruja dengan efek bunyi itu, penulis menyuarakan kegembiraan melihatkan instrumen meter kelajuan yang dipasangkan tenaga kejuruteraan HLYM bagi kegunaannya. Ia mempamerkan paparan LCD menarik berlatarbelakangkan pencahayaan cukup terang".
Baca selanjutnya di KosmoGaraj
"Bagaimanapun, motosikal tunggang uji Yamaha Y15ZR dalam
ruangan ini, ia boleh digelar ‘Raja Jalanan’ yang disasarkan penunggang berumur
sehingga 30 tahun.
Gaya penampilan yang ditonjolkan sangat baik berbanding
jentera lain selepas menerapkan rekaan motosikal berkuasa tinggi iaitu Yamaha
YZFR1.
Garisan tajam pada bahagian sisi tampak lebih sasa serta
padanan lampu belakang LED memberi pencahayaan yang terang.
Rekaan dapra hadapan turut memberi impak sebagai sebuah
jentera superbike yang digabungkan dengan lampu isyarat rekaan lebih moden.
Meter kelajuan dengan pelbagai fungsi pula memaparkan paparan LCD yang menarik".
Baca selanjutnya di MetroVroom
DetikMoto
No comments:
Post a Comment