Wednesday, 11 November 2015

MotoGP : Ujian Pra-Musim Valencia : 2016 ECU MotoGP 'Kembali Ke Zaman Silam'

Rossi dan Marquez bermasalah dengan sistem ECU 2016 yang 'selangkah ke belakang'
Valentino Rossi dan Marc Marquez mungkin tidak bersetuju banyak perkara ketika ini tapi kedua-duanya mengunakan ungkapan yang sama untuk mengambarkan sistem ECU tunggal bagi tahun 2016.

Kedua-dua bekas juara itu, di dalam dua pusingan terakhir bertikam lidah, mencuba untuk pertama kalinya sistem kawalan elektronik - berserta ujian lanjutan dengan tayar Michelin - di Valencia pada Selasa.

Yang mula-mula bercakap ialah Rossi, yang mencatat masa ke-12 terpantas, 0.850s di belakang pelumba terpantas Marquez.

"Saya telah mencuba sistem elektronik untuk tahun depan dan ia akan menjadi suatu masalah besar - maksud saya seolah-seolah kami kembali ke masa silam. Seperti [perisian kilang kami] di tahun 2008-2009."

Tetapi adakah ia menjadikan jentera lebih menyeronokkan untuk ditunggang?

"Bagi saya tidak, kerana di akhirnya semakin tinggi aras jentera semakin baik untuk saya. Tapi begini ia jelas mengundur ke belakang. Pada permulaanya anda berasa sedikit marah terhadap jentera kerana pada anda ia teruk dan tidak berfungsi.

"Namun dari sudut yang lain, ianya baik untuk perlumbaan. Ia akan menjadi lebih sukar untuk sentiasa mendapatkan catatan masa yang sama. Ini kerana jentera menjadi lebih sukar untuk ditunggang. Jadi ia akan jadi lebih baik untuk pertarungan ketika perlumbaan, ia lebih seronok tentang ini."

Beberapa minit kemudian, di kemudahan Repsol Honda, Marquez berkata:

"Kami bermula dengan jentera 2015, kemudian jentera tersebut dipasangkan dengan perisian yang baru. Di situlah kami menghabiskan banyak masa dan kami masih perlu meluangkan lebih masa, kerana kelihatannya kami berundur selangkah ke belakang [dari masa] kerana ia akan menjadi sukar untuk tiba ke aras yang sama seperti sebelumnya.

"Tetapi kami sedang berusaha, terutamanya dari segi pecutan, kawalan daya tarikan, penghantaran tork merupakan aspek yang perlu ditingkatkan. Hubungan dengan pendikit. Kemudian untuk cubaan-cubaan terakhir kami menggunakan enjin baru [2016], tapi secara jujurnya ia adalah sukar untuk memberi maklumbalas yang tepat kerana kami masih perlu memperbaiki perisian elektronik.

Memberi Marquez kesukaran yang dipublisitikan dengan karekter agresif enjin 2015, adakah ciri-ciri sukar oleh perisian baru itu satu kebimbangan?

"Ya, dengan kekurangan elektronik jika anda mempunyai enjin yang agresif anda akan memunyai lebih banyak 'potongan' [dari segi kuasa] dan kelihatan elektronik ini bekerja sedikit perlahan," balas Marquez. " 'Potongan' itu akan datang kemudian dan lebih besar jadi kita perlu memperbaikinya dengan baik."

Pelumba Sepanyol itu ialah salah seorang yang mengalami kesukaran dengan penggunaan tayar depan-belakang Michelin pada hari ini, mengakui perubahan sistem elektronik 2016 lebih membimbangkan berbanding pertukaran jenama tayar.

"Bagi saya elektronik kerana pada akhirnya tayar adalah sama untuk semua orang," kata beliau. "Jadi tayar tidak akan menjadi masalah besar dan saya fikir Michelin sedang menjalankan tugas yang baik. Selain itu, ini adalah kali pertama kami menunggang dengan sistem elektronik tersebut dan kami tahu ia mangambil masa untuk ditetapkan.

"Di selekoh 13 saya nyaris terbabas pada suatu ketika, tapi saya boleh katakan yang sistem elektronik baru ini adalah selamat. Ia tidak begitu lancar dan memotong sangat lebih."

Sebelum ini pasukan kilang boleh menggunakan perisian mereka sendiri, tapi semua pelumba perlu menggunakan sistem ECU yang sama - dibangunkan bersama oleh Honda, Yamaha, Ducati dan Dorna - musim depan.

Ujian akan berakhir pada Rabu.

DetikMoto

No comments:

Post a Comment