Thursday, 12 November 2015

Local Scene : Model Gaya American Chopper, Yamaha XV950R Bolt

Yamaha XV950R Bolt Mesin Bobber Ranggi
"Model bagi segmen easy rider itu dijana oleh enjin V Twin 942cc suntikan petrol penyejukan udara, 4-lejang dan dua silinder.  Menerusi kapasiti itu, Bolt mampu menghantar kuasa 52.1PS pada 5,500rpm dan tork maksimum 79.5Nm pada 3000rpm. Penghantaran kuasa ke roda dibantu kotak gear 5-kelajuan".

"Yamaha XV950R Bolt cukup terlihat elegan hasil daripada inspirasi model motor era 70-an. Malah pertama kali melihatnya mengingatkan anda kepada motor Harley Davidson. Lampu depannya yang bulat menyerlahkan kriteria klasiknya bersama panel meter bulat."

Baca selanjutnya di SinarTurbo


Enjin V-Type 2 Silinder, Empat Lejang, 942cc Sejukan Udara
"Yamaha XV950R Bolt, sebuah jentera cruiser dengan enjin V-Type 2 silinder, empat lejang, 942cc sejukan udara ini menjadi penawaran pertama bagi jenama Jepun itu bagi model motosikal dari segmen bawah 1,000cc di Malaysia, dan merupakan motosikal yang direka untuk disesuaikan untuk memenuhi selera individu (customization)."

Baca selanjutnya di BHAuto


100 Unit CKD Untuk Permulaan Dan Akan Diikuti Oleh Model CKD
"Diimport dari Jepun, harga jualan Bolt ialah RM52,500 (termasuk GST, tanpa insurans). Bagaimanapun unit import sepenuhnya (CBU) adalah terhad, hanya sekitar 100 unit.

Menurut HLYM, XV950R Bolt pemasangan terurai tempatan (CKD) hanya akan memulakan produksinya pada penghujung 2016."

Baca selanjutnya di KosmoGaraj


Lampu Depan Bulat Krom Menyerlahkan Gaya Retro
"Daripada reka bentuknya, ia jelas tampak kompak dan bergaya dengan padanan tempat duduk yang rendah, selain menggunakan kerangka keluli buaian berkembar untuk memberi pengendalian sporty.

Lampu depannya yang bulat turut menyerlahkan kriteria klasiknya bersama panel meter kelajuan menggunakan bentuk sama."

Baca selanjutnya di MetroVroom

DetikMoto

No comments:

Post a Comment