Marquez sedia berdamai dengan Rossi dan menamatkan kontroversi di antara mereka |
Rentetan peristiwa sejak hari Khamis kesinambungan dari GP Malaysia, Marquez memberi maklumbalas terhadap tuduhan-tuduhan Rossi pada petang Ahad - beberapa jam selepas tewas di dalam merebut kejuaraan sebanyak lima mata - mendakwa pelumba berusia 22 tahun itu bertindak sebagai 'pengawal peribadi' Lorenzo, memilih untuk mempertahankan kedudukannya berbanding cubaan untuk memintas.
Pada Selasa, Marquez berkata dia sedar sepenuhnya kesan kedudukan di belakang Lorenzo sebelum perlumbaan dan telah melakukan sedaya upayanya untuk mengatasi rakan senegaranya yang kekal konsisten. Bagaimanapun, rentak Lorenzo ketika perlumbaan cukup kuat.
"Minggu yang sudah telah berlalu dan ia adalah detik yang sukar," ujar Marquez. "Sejak di Malaysia saya tidak berasa gembira dan tidak berasa selesa dengan keadaan ini. Ianya aneh. Ia adalah aneh dengan apa yang berlaku di Malaysia (dia maksudkan Australia), perlumbaan yang saya menangi dan merampas lima mata daripada Jorge.
"Bagaimanapun, selepas Malaysia saya fikir cara yang terbaik ialah untuk datang ke Valencia dan memenangi perlumbaan. Secara jujurnya amat sukar untuk mengekalkan tumpuan sepanjang hujung minggu. Saya telah melakukannya dengan baik. Saya mula memberi tumpuan kepada perlumbaan dan cuba memenanginya.
"Saya tahu akan situasinya sebelum perlumbaan. Saya bukannya bodoh. Saya fikir, "Jika anda tidak menang anda akan berada di dalam situasi begini.' Malangnya saya gagal memenangi perlumbaan kerana Jorge mempamerkan perlumbaan yang menakjubkan, dia adalah yang terpantas di Valencia. Dia melakukan pusingan terpantas di dalam perlumbaan dengan catatan masa yang cukup baik. Tiada apa lagi yang boleh saya katakan."
Marquez berkata pada hari Khamis sebelum perlumbaan di Valencia yang dia berhasrat untuk berdamai dengan Rossi pada masa depan, sesuatu yang diulangi selepas hari pertama ujian pra-musim di Valencia.
"Sudah tentu saya tidak bersetuju sepenuhnya dengan Valentino. Dia menekan [mengkritik] saya dengan kuat, dia menekan Dani, Honda, Jorge dan semua orang. Di akhirnya saya berharap pada masa depan saya sedia bersalaman dengan beliau."
DetikMoto
No comments:
Post a Comment