![]() |
Lorenzo kekal fokus perlumbaan akhir musim 2015 di GP Valencia |
Lorenzo yang juga rakan sepasukan Valentino Rossi di Movistar Yamaha yang ketinggalan tujuh mata di dalam merebut kejuaraan mempunyai kelebihan menunju ke Valencia setelah pelumba Itali itu dikenakan tiga mata penalti akibat pertembungannya dengan Marc Marquez yang akhirnya terjatuh di GP Malaysia.
Penalti tersebut digabungkan dengan satu mata penalti daripada Misano, bermakna Rossi akan memulakan perlumbaan MotoGP Valencia daripada petak terakhir di grid. Bagaimanapun, ia masih belum dapat disahkan setelah pelumba Itali itu mengemukakan rayuan terhadap penaltinya itu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Lorenzo cuba melibatkan diri dengan mengemukakan rayuan bagi terlibat sama di dalam kes Rossi, namun di tolak oleh mahkamah dan kini pelumba Sepanyol itu hanya mahu kekal fokus kepada perlumbaan di litar.
"Kami telah tiba di Valencia setelah musim yang sibuk dan menarik," kata Lorenzo. "Di Malaysia kami memperolehi keputusan yang baik dan memperolehi lebih mata kejuaraan, tetapi saya akan melupakan apa yang berlaku di sana dan kekal fokus di Chete di mana banyak yang akan dipertaruhkan."
Lorenzo mengalami nasib yang berbeza-beza di litar Valencia, memenangi dua perlumbaan MotoGP dan juga dua kali gagal menamatkan perlumbaan sejak 2010 (terlepas perlumbaan 2011 disebabkan kecederaan), dan kelihatan akan melakukan segalanya untuk gelaran Juara Dunia Kejohanan MotoGP ketiganya.
"Saya berharap peminat-peminat akan menyokong kami di litar sendiri dan memperolehi perlumbaan yang baik,"dia menambah. "Tahun ini saya memenangi tiga perlumbaan terdahulu yang diadakan di Sepanyol dan untuk berjaya di Valencia pasti menakjubkan.
"Saya sentiasa merasakan kehangatan peminat-peminat dan saya yakin di Valencia kita akan menikmati persembahan yang hebat. Saya akan berikan segalanya di litar untuk mendapatkan gelaran kejuaraan."
DetikMoto
No comments:
Post a Comment