VR46 Riders Academy diasaskan oleh Juara Dunia 9 kali dari Itali, Valentino Rossi |
Yamaha telah menamakan lima orang pelumba muda yang akan dihantar ke VR46 Riders Academy yang diterajui oleh juara dunia sembilan kali Valentino Rossi.
Awal tahun ini telah diumumkan bahawa Yamaha telah menandatangani kerjasama tiga tahun bersama VR46 Riders Academy.
Kerjasama itu melibatkan bekalan jentera oleh Yamaha, juga sokongan daripada luar litar seperti PR dan pengurusan pasukan.
Barisan pelumba terpilih daripada kejohanan Asia Road Racing Championship (ARRC) 2016 kelas 250cc |
Sebagai balasan, Yamaha akan menghantar segelintir bintang-bintangnya yang sedang meningkat naik daripada kelas 250cc kejuaraan Asia Road Racing Championship (ARRC) ke VR46 Riders Academy - untuk menerima latihan dan tunjuk ajar daripada Rossi.
Pengambilan pertama pelumba-pelumba yang akan dikenali sebagai 'The Master Camp' terdiri daripada Peerapong Loiboonpeng (21, Thailand), Galang Hendra Pratama (17, Indonesia), Soichiro Minamimoto (16, Japan), Kasma Daniel Bin Kasmayudin (16, Malaysia) dan Imanuel Putra Pratna (19, Indonesia).
Mereka berlima telah dipilih berdasarkan kepada pungutan mata terkini mereka di dalam kategori AP250, umur serta berberapa faktor lain. Kesemua mereka yang terpilih akan berada di bandar kelahiran Rossi iaitu Tavullia daripada 4hb - 8hb Julai nanti.
Motor Ranch untuk latihan motosikal lasak di VR46 Riders Academy |
Kurikulum yang telah dirancang akan melihat Rossi dan tenaga-tenaga pengajar sepenuh masa di VR46 Riders Academy mengajar para peserta tentang bagaimana menunggang motosikal lasak di Motor Ranch, termasuk menunggang di trek berhampiran sirkit Misano dan lain-lain teknik melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan kehadapan.
"Hanya berberapa bulan lalu kerjasama di antara Yamaha dan VR46 Riders Academy terjalin dan ia memberi kebaikan kepada pelatih-pelatih di akademi ini kerana Yamaha membekalkan motosikal-motosikal yang terbaik untuk latihan mereka, di trek dan juga di Ranch,"
"Ini satu permulaan yang hebat di dalam usaha kami membantu bakat-bakat muda, dan pada hari ini saya berasa lebih gembira kerana memikirkan tentang permulaan edisi pertama 'The Master Camp', yang hanya berberapa minggu sahaja lagi.
"Pada minggu pertama bulan Julai, sebahagian daripada pelumba-pelumba Yamaha yang terpilih akan datang menjalani latihan bersama saya dan pelatih-pelatih di VR46 Riders Academy. Inisiatif ini ialah satu pencapaian yang hebat, dan ia hanyalah satu daripada banyak lagi projek yang dirancang bersama oleh VR46 Riders Academy dan Yamaha. Kami mempunyai objektif yang sama, iaitu membantu bakat-bakat muda untuk mencapai puncak kejayaan di dalam sukan perlumbaan motosikal.
"Saya secara peribadi gembira untuk memainkan peranan yang aktif di dalam membantu bakat-bakat muda dan saya tidak sabar bertemu dengan pelumba-pelumba dari Yamaha dan berlatih dengan mereka bersama-sama pelatih dari akademi di Ranch dan di litar Misano.
Sukan motosikal lasak adalah salah satu latihan yang digemari oleh Rossi |
Mereka akan menghabiskan masa sepanjang minggu bersama kami, berlatih bersama, mengikuti program yang sama setiap hari, di atas litar dan juga di gym. Ia pastinya bukan mudah untuk mereka, namun saya pasti mereka akan berasa gembira. Ia akan menjadi satu minggu yang indah dan sibuk!"
Sky -VR46 Moto 3 membariskan pelumba-pelumba muda berbakat dari Itali |
Rossi menubuhkan VR46 Riders Academy untuk membantu pelumba-pelumba muda Itali pada tahun 2014, dengan tiga orang ahlinya - Romano Fenati, Nicolo Bulega dan Andrea Migno - kini berlumba dengan untuk pasukan Sky - VR46 Moto3.
No comments:
Post a Comment