Ducati 959 telah diperkenalkan sebagai pengganti kepada model entri keluarga Panigale iaitu Panigale 899. Dengan rekabentuk yang lebih segar dan penampilan lebih menarik dengan ekzos berkembar namun masih mengekalkan lengan ayun asal (pasti lebih menarik jika menggunakan lengan ayun sebelah sepertimana model 1199/1299). Apapun tentu ramai yang teruja untuk memiliki model entri Panigale 959 ini.
 |
Panigale 959 menjadi taruhan terbaru untuk entri model sportbike Ducati |
Manakala model
maskulin Ducati iaitu Diavel telah mendapat model tambahan iaitu Ducati XDiavel. Yang menambah kehebatan model yang sedia hebat ini ialah enjin yang berkapasiti 1,262cc serba baharu.
 |
Rekabentuk maskulin yang serba menawan dibawa oleh Ducati XDiavel |
Bagi mereka yang baru berjinak dengan aktiviti pengembaraan dan meminati model
adventure mungkin akan berasa teruja dengan pengenalan model Hypermotard / Hyperstrada 939 bagi menggantikan model yang terdahulu 821.
 |
Model adventure Hypermotard/ Hyperstrada ini bukan sahaja cantik tetapi sarat dengan teknologi terkini |
Bagi menambah pilihan kepada keluarga Scrambler 803, Ducati telah memperkenalkan model berkapasiti 400cc yang dikenali sebagai Scranbler Sixty2 bagi yang mengemari gaya hidup lasak.
 |
Rekebentuk yang menarik digabungkan dengan pemilihan warna yang terang cukup memikat |
Memiliki motosikal jenama Ducati merupakan impian kebanyakan peminat motosikal. Namun bukan semua orang bertuah untuk memiliki jentera dua roda yang dikenali sebagai "Ferrari Dua Roda" ini. Demi menghargai peminat mereka, Ducati telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan model entri pada harga yang lebih rendah bagi mereka yang berminat seperti model Panigale 899 sebelum ini. Mungkin ini satu permulaan yang baik di samping usaha mereka meluaskan pengaruh di dalam komuniti motosikal berkuasa tinggi di Malaysia.
"Merah Itu Menawan Jika Ianya Sebuah Ducati"
No comments:
Post a Comment