Tuesday, 3 November 2015

MotoGP : Bagaimana Rossi atau Lorenzo boleh bergelar juara MotoGP 2015?


Jadual menunjukkan secara ringkas kedudukan yang perlu diraih samada oleh Valentino Rossi atau rakan sepasukannya Jorge Lorenzo di dalam meraih takhta kejuaraan MotoGP di perlumbaan akhir musim di Valencia pada Ahad.

Menuju ke perlumbaan terakhir Rossi masih lagi mendahului Lorenzo sebanyak 7 mata. Namun demikian Lorenzo telah berjaya memenangi 6 perlumbaan berbanding Rossi yang hanya memenangi 4 perlumbaan dan kelebihan akan memihak kepada Lorenzo untuk dimahkotakan sebagai juara jika jumlah kutipan mata terikat sama.

Rossi telah memfailkan rayuan kepada CAS (Mahkamah Timbang Tara Untuk Sukan) di atas hukuman pemotongan 3 mata akibat insiden di Sepang yang seterusnya memaksa beliau bermula dari petak terakhir di Valencia. Keputusan rayuan tersebut dijangka akan diumumkan pada Jumaat, 6hb November.


Mengikut rekod Rossi memburu gelaran dunia yang ke-10 manakala Lorenzo ke-5.

DetikMoto

No comments:

Post a Comment