Kewujudan blog DetikMoto adalah untuk memeriahkan lagi alam maya permotoran di Malaysia yang sedia meriah.
Bagi menjadikan blog DetikMoto ini lebih menarik berberapa idea yang telah difikirkan akan cuba diketengahkan.
DetikMoto akan cuba memaparkan posting berkenaan dunia permotoran terkini dan terdahulu. Skop yang difikirkan berkisar tentang isu-isu semasa permotoran, pengenalan model-model terkini di pasaran, sejarah model-model sediada dan terdahulu, personaliti permotoran tempatan dan antarabangsa, perlumbaan MotoGP, WSBK dan cub prix serta banyak lagi idea-idea baru yang akan diketengahkan selari dengan perkembangan masa.
Diharap dengan adanya blog DetikMoto ini akan membawa kebaikan kepada para pembaca sekalian. Sokongan dan komen membina daripada pembaca sekalian amat dialu-alukan.
Salam Perkenalan,
DetikMoto
No comments:
Post a Comment